
Penyanyi, Angel didakwa tidak sengaja membocorkan lagu baharu kumpulan Dolla ketika melakukan sesi siaran langsung di TikTok, baru-baru ini.
Artikel Berkaitan: Dolla Pilih Tidak Rakam Semula Muzik Video ‘Question’, Peminat Luar Negara Masih Boleh Tonton
Artikel Berkaitan: Dolla Mohon Maaf Batal Konsert, Ganti Dengan ‘Meet & Greet’ – ‘Kami Rindu Nak Jumpa Peminat’
Leak lagu baru?

Menerusi video yang tular di media sosial, Angel atau nama sebenarnya Angelina Chai Ka Ying, 25, dilihat rancak berinteraksi dengan peminat yang menyertai siaran langsung berkenaan.
Bagaimanapun, ketika sedang bersembang, Angel secara spontan memainkan sedutan lagu baharu Dolla sambil melakukan ‘miming’ mengikut lirik lagu tersebut.
Tindakannya itu mengundang pelbagai reaksi dalam kalangan peminat kerana lagu berkenaan dipercayai masih belum diumumkan secara rasmi, termasuk tarikh pelancaran mahupun tajuknya.
Difahamkan, karya tersebut masih berada di bawah embargo syarikat rakaman dan sebarang pendedahan hanya akan dibuat pada tarikh yang telah ditetapkan.
Susulan insiden itu, timbul dakwaan bahawa pihak syarikat rakaman berasa sedikit terkilan dan kecewa kerana sedutan lagu berkenaan didedahkan lebih awal daripada perancangan asal.
Bagaimanapun, setakat ini belum ada sebarang kenyataan rasmi dikeluarkan oleh Angel, Dolla mahupun syarikat rakaman berhubung dakwaan tersebut.








