
Bergelar seorang bapa ternyata membuka lembaran berbeza dalam kehidupan pelakon Aiman Hakim Ridza apabila tanggungjawab tersebut bukan sahaja mengajarnya tentang kesabaran, malah menjadikan dirinya lebih matang dalam menjalani kehidupan seharian.
Biarpun mengakui masih banyak perkara yang perlu dipelajari sepanjang membesarkan anak-anak, Aiman melihat setiap pengalaman dilalui sebagai satu proses yang cukup bermakna buat dirinya.
Artikel Berkaitan: POV XTRA: ‘Tak Akan Pernah Cukup Kalau Hanya Kejar Kemewahan’ – Aiman Hakim Ridza Utamakan Ketenangan & Kebahagiaan Diri
Artikel Berkaitan: #TriviaXTRA: Belajar Membaca Sendiri Sejak Kecil, Aiman Hakim Ridza Rupanya Pernah Nak Jadi Ustaz
Bergelar Bapa Banyak Ajar Erti Sabar
Menerusi #BabyXTRA, sebuah segmen khas yang membawa pembaca mengenali sisi sebenar selebriti ketika melalui kehidupan sebagai ibu dan bapa, pengalaman kehamilan, proses kelahiran, cabaran menjaga anak serta perubahan selepas berkeluarga turut dikongsikan dengan lebih dekat.
Bagi edisi #BabyXTRA minggu ini, Aiman berkongsi mengenai gaya keibubapaannya bersama isteri, Zahirah MacWilson, selain mendedahkan perkembangan serta minat anak-anak mereka.
Menurut Aiman, perjalanan sebagai seorang bapa merupakan pengalaman menarik yang banyak mengubah dirinya.
Pengalaman yang paling menarik dan banyak lagi yang akan datang. Ia banyak mengajar saya tentang kesabaran dan menjadikan saya lebih matang.
Saya seorang bapa yang menyeronokkan, tetapi dalam masa sama saya juga tegas.
Utamakan komunikasi dua hala
Dalam membesarkan anak-anak, Aiman memilih pendekatan komunikasi dua hala kerana percaya pandangan anak-anak juga wajar didengari oleh ibu bapa.
Cara didikan saya lebih kepada ‘two-way communication’ dengan anak-anak sebab sebagai ibu bapa kita juga perlu mendengar pendapat mereka.
Bila kita nak beri pendapat pula, kita perlu pastikan anak-anak faham apa yang cuba disampaikan.
Alhamdulillah, setakat ini anak-anak saya memahami dan mereka juga lebih cepat menjadi matang.
Pengorbanan seorang bapa berlaku setiap hari
Ditanya mengenai pengorbanan terbesar selepas bergelar bapa, Aiman melihat pengorbanan itu tidak semestinya hadir dalam bentuk perkara besar, sebaliknya berlaku menerusi rutin kecil setiap hari.
Hari-hari kena buat pengorbanan. Contohnya kalau nak pesan makanan, sebagai ayah kita tak akan pesan suka-suka.
Kita tunggu dulu apa yang anak-anak tak habiskan, kemudian kita makan lebihan makanan mereka. Dalam masa sama tak nak membazir juga.
Perkara kecil seperti ini saya rasa semua bapa di luar sana akan melakukan pengorbanan yang sama.
Isaac minat sukan dan kisah para Nabi
Bercerita mengenai anaknya, Isaac, Aiman berkata dia dan Zahirah berasa bertuah apabila anak mereka menunjukkan minat terhadap aktiviti sukan serta pembelajaran agama tanpa perlu dipaksa.
Isaac suka berenang dan bola keranjang. Dia sendiri juga suka belajar agama. Saya dan Zahirah memang sangat bertuah sebab minat itu datang daripada dirinya sendiri. Dia sudah menghafal kira-kira sembilan surah dan dia juga sangat minat dengan kisah-kisah Nabi.
Sementara itu, Aiman menyifatkan Inara pula sebagai seorang anak yang cukup berdikari dan mempunyai personaliti tersendiri.
Untuk Inara, dia sangat independent. Dia mempunyai pendirian yang sangat kuat dan pada masa sama seorang yang bubbly dan kelakar.







![[VIDEO] Anak Sulung Zahnita Titip Kata-Kata Menyentuh Hati – ‘Saya Harap Sekarang Ibu Lebih Bahagia’](https://asset.ohbulan.com/2026/09/zahnita-1.jpg)
