
Pelakon dan usahawan, Fazura dilaporkan mendapatkan rawatan di sebuah hospital selepas mengalami masalah kesihatan sejak beberapa hari lalu.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Peniaga Di Indonesia Tak Sangka Fazura Singgah Kedai – ‘Orangnya Merendah Diri & Cantik’
Artikel Berkaitan: Fazura Selamat Kembali Ke Malaysia – ‘Terima Kasih Hati Baik Yang Mendoakan’
Rawatan di hospital

Perkara tersebut dikongsikan oleh salah seorang pekerja yang memaklumkan Fazura atau nama penuhnya Nur Fazura Sharifuddin, 43, mengalami demam urat, sakit tonsil serta muntah selama empat hari.
Menurutnya, hasil pemeriksaan darah yang dijalani Fazura tidak menunjukkan sebarang masalah kesihatan serius susulan keadaan yang dialaminya itu.
Bagaimanapun, doktor menasihati agar pelakon berusia 43 tahun itu mendapatkan rehat yang secukupnya.
Kami baru saja ke hospital.
Empat hari kak faz demam urat, sakit tonsil dan muntah.
Lepas dapat keputusan darah syukur tiada yang serius cuma terlalu penat.
Doktor suruh banyak rehat.
Dalam pada itu, pekerja yang lebih mesra dengan panggilan Angah itu turut memohon orang ramai agar mendoakan kesihatan Fazura kembali pulih seperti biasa.
Jangan risau semua ya. Doakan Kak Faz kembali sembuh seperti biasa.
Sumber: Threads








