![[VIDEO] Jihan Muse Mohon Maaf Gurauan Terhadap Azmi Saat Dianggap Keterlaluan – ‘Kadang-Kadang Seronok Gelak Sampai Terlepas’](https://asset.ohbulan.com/2026/10/jihan-muse.jpg)
Pengacara Jihan Muse tampil memberikan penjelasan susulan gurauannya terhadap penyanyi Azmi Saat yang dianggap keterlaluan ketika siaran langsung sebuah program realiti nyanyian.
Artikel Berkaitan: Netizen Serang Instagram Jihan Muse, Beri Teguran ‘Tak Boleh Jadi Profesional Ke Bila Bekerja?’
Artikel Berkaitan: Azmi Saat Terima Banyak Tawaran Luar Bidang Nyanyian – ‘Baca Doa, Jadi Juri & Dipanggil Untuk Melawak’
Gurauan yang melampau

Ketika ditemui OhBulan!, Jihan, 43, akui ada gurauan yang terlepas kerana terlalu selesa berinteraksi sehingga tidak sepatutnya didengari atau disiarkan kepada umum.
Tambah Jihan, perasaan individu yang terlibat lebih penting sekali gus memohon maaf atas kekhilafannya yang mungkin menimbulkan rasa kurang senang dalam kalangan penonton.
Kalau macam dengar salah, saya patut minta maaf, bila terlalu selesa kadang-kadang ada gurauan yang terlepas, tak sepatutnya keluar di mikrofon.
Saya manusia biasa, ada khilafnya. Kadang-kadang seronok gelak, bercakap laju sampai terlepas.
Yang penting Azmi, apa dia rasa. Kalau ada yang mengguris hatinya, saya minta maaf.
Kalau ada terlepas dan mengguris hati orang yang mendengar, saya minta maaf. Azmi kawan saya dan dia okey tapi benda itu tak sepatutnya jadi tontonan umum.
Jihan berkata demikiana ketika ditemui pada musim akhir Kilauan Emas Selebriti yang berlangsung di Shah Alam City Council pada Sabtu.
Dalam pada itu, penyanyi Azmi Saat turut menjelaskan bahawa dia tidak terasa dengan gurauan berkenaan dan menganggap jenaka itu sebahagian daripada cara rakan seindustri bergurau.
Saya tidak terasa. Saya faham mereka nak bergurau dan nak rapat dengan kita. Saya tak pernah simpan dalam hati.
Penonton tak kenal kita akan rasa tak seronok.
Kita pun sama-sama minta maaf, saya sendiri pun sebab terlalu melayan sampai orang terlebih bagi.








