
Seorang individu berkongsi kenangan yang tidak dapat dilupakan apabila pernah mengecat Jalur Gemilang di Litar Antarabangsa Sepang (SIC) bersama arwah bapanya kira-kira 22 tahun lalu.
Artikel Berkaitan: F1 Kembali Ke Sepang! 5 Fakta Dari Visi Tun M Hingga ‘Comeback’ Selepas 9 Tahun Yang Mungkin Gen Z Tak Tahu
Cat Jalur Gemilang

Menerusi hantaran di Threads, individu berkenaan berkata kenangan tersebut kembali bermain di fikirannya ketika nama Formula 1 (F1) kembali menjadi perhatian, baru-baru ini.
Sekarang tengah hangat fasal F1, tiba-tiba aku teringat satu kenangan lama. Tahun 2004, masa itu aku tingkatan 3.
Aku dengan arwah bapa pernah cat bendera Malaysia yang ada dekat Litar Sepang, bendera besar yang dilukis atas simen dekat salah satu selekoh litar.
Masa tu aku ambil gambar bendera itu dari Google, lepas itu aku tunjuk dekat bapa. Kami buat lining dulu, ikut bentuk bendera satu-satu. Lepas itu kami cat sampai siap. Benda itu nampak macam kerja biasa je masa itu.
Menurutnya, ketika itu dia tidak menyangka aktiviti yang dilakukan bersama bapanya akan menjadi antara kenangan paling bermakna dalam hidupnya.
Tapi sekarang bila aku fikir balik, itulah antara satu-satunya kenangan yang aku ada buat sesuatu bersama arwah bapa aku.
Dulu aku tak tahu pun kenangan kecil macam itu akan jadi sesuatu yang sangat besar dalam hidup aku. Bila tengok balik F1 sekarang, aku bukan teringat kereta laju sangat pun.
Aku teringat arwah bapa aku dan bendera Malaysia yang kami pernah cat sama-sama, hampir 22 tahun lepas. Bendera itu masih tersergam indah di sana. Al-Fatihah buat arwah bapa. I love you baba.
Sumber: Threads








