
Pelakon Julia Farhana tumpang bahagia melihat rakan seindustri, Bella Astillah, akhirnya menemui kebahagiaan menerusi perkahwinannya dengan Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] ‘Jangan Hakimi Saya, Doa Yang Baik-Baik’ – Julia Farhana Respon Isu Buka Tudung
Artikel Berkaitan: [VIDEO] ‘Saya Bakal Failkan Cerai, Sudah Tujuh Bulan Kami Tak Berjumpa’ – Julia Farhana
‘Semoga saya juga menemui kebahagiaan’
Menerusi perkongsian yang dimuat naik, Julia Farhana Marin, 32, dilihat gagal menahan sebak apabila mengenangkan dugaan rumah tangga yang pernah dilalui Bella Astillah.
Dalam pada itu, Julia turut tersentuh dengan keikhlasan Syed Saddiq ketika berbicara tentang Bella selain tindakannya mempertahankan maruah isteri di hadapan khalayak ramai.
Bella cantik sangat. Ada sesuatu yang sangat indah tentang seorang wanita yang telah melalui banyak dugaan, namun masih mampu membawa dirinya dengan penuh keanggunan, rendah hati dan kekuatan.
Ucapan Syed Saddiq juga sangat istimewa. Cara dia berbicara tentang isterinya benar-benar menyentuh hati. Keikhlasan dalam setiap kata-katanya dapat dirasai.
Bila Syed naik ke pentas untuk berdiri di sisi isterinya serta mempertahankan maruahnya, tindakan itu sudah cukup menggambarkan segalanya.
Selain itu, Julia berharap dirinya juga berpeluang merasai kebahagiaan yang sama selepas melalui ujian dalam kehidupan rumah tangga sebelum ini.
Pada hantaran yang sama, Julia turut menzahirkan hasratnya untuk dipertemukan dengan pasangan yang mampu memberikan ketenangan dan kebahagiaan dalam hidupnya.
Semoga satu hari nanti, saya pula menangis kerana merasai kebahagian sendiri.
Memiliki seseorang yang menjadi pelindung, membawa ketenangan dan kedamaian. Seseorang yang buat saya rasa selesa.
Sebelum ini, dunia hiburan kecoh apabila Julia dan Dr Che Hafiz dilihat sudah memadam semua foto bersama di media sosial sekali gus mencetuskan pelbagai spekulasi dalam kalangan netizen.
Malah, pasangan itu juga didakwa sudah tidak lagi saling mengikuti akaun media sosial masing-masing.
Untuk rekod, Julia dan Che Hafiz mendirikan rumah tangga pada 14 Disember 2022.
Sebelum ini, Dr Che Hafiz pernah berkahwin dengan pelakon dan penyanyi Lufya Omar pada 26 November 2016 sebelum bercerai pada 17 Jun 2020.
Sumber: TikTok








