
Pelakon, Nora Danish tampil menjelaskan dakwaan yang mengaitkan dirinya dengan kenyataan menghina pekerjaan sebagai pemandu lori.
Artikel Berkaitan: Nora Danish Terharu Dilamar Jadi Isteri Kedua
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Nora Danish Tak Berhenti Doa, Masih Berharap Dapat Jodoh Beriman – ‘Saya Tak Pernah Tutup Hati’
Pemandu lori

Menerusi perkongsian di Threads, Nora menjelaskan bahawa dia tidak mempunyai sebarang masalah dengan mana-mana pekerjaan, sebaliknya mendakwa kenyataannya telah disunting oleh individu tidak bertanggungjawab.
Menurut pelakon Lagenda Budak Hostel itu, dia kesal apabila kenyataannya diputarbelitkan oleh individu tidak bertanggungjawab sehingga mencetuskan fitnah dan mengguris perasaan orang lain.
Kepada mereka yang menyunting kenyataan saya tentang pemandu lori, memang tak baiklah.
Saya tidak mempunyai masalah dengan mana-mana pekerjaan, akan tetapi kenyataan saya ditukar, bukan media tetapi orang yang tidak bertanggungjawab.
Itu fitnah sama sekali. Tahu zaman AI semua boleh tipu, tapi tidak baik mempermainkan perasaan orang.
Nora turut mengingatkan orang ramai agar tidak sewenang-wenangnya mengubah kenyataan seseorang sehingga menimbulkan salah faham.
Terdahulu, Nora menerusi sebuah temu bual bersama media berkongsi bahawa dia tidak serik untuk bercinta lagi dan berharap dapat mendirikan rumah tangga dengan lelaki yang beriman.
Bagaimanapun, tular sebuah poster dengan tajuk ‘Nora Danish Tak Takut Berkahwin Lagi, Mahu Suami Beriman, Bawa Lori Pun Tak Apa’ yang didakwa palsu dan telah mengundang salah faham dalam kalangan orang ramai.
Sumber: Threads








![[VIDEO] Diva M Hadiah Kereta RM100,000 Kepada Pekerja Setia](https://asset.ohbulan.com/2026/10/diva-M-4.jpg)