Selepas kejayaan penganjuran sulung, OhBulan! Paling Viral Online 2.0 (OBPVO) kembali untuk edisi kedua yang bakal berlangsung pada 15 Januari 2027 menerusi platform TikTok.

Artikel Berkaitan: #OBPVO2.0: 15 Penyanyi Berentap Untuk ‘Penyanyi Gen Z Paling Viral’! Alpha, Umairah & Wani Kayrie Antara Pencabar

Artikel Berkaitan: OhBulan! Paling Viral Online 2.0 Kembali Lagi! Sembilan Kategori Jadi Rebutan 

15 calon

Berbeza dengan sebelum ini, pada edisi kali ini sebanyak sembilan kategori dipertandingan iaitu Penyanyi Gen Z Paling Viral, Peniaga Paling Viral, Nepo Baby Paling Viral, Pelakon Paling Viral, Content Creator Paling Viral, Filem Paling Viral, Drama Paling Viral, Lagu Paling HOT dan Kelab Peminat Paling Viral.

Untuk siaran kali ini, OhBulan! ingin kongsikan kepada anda calon-calon bagi kategori ‘Content Creator Paling Viral’.

  1. Amin & Abid
  2. Sam Lim & Parisa
  3. Abang Minyak Jalanan Hitam
  4. Abewee
  5. Madnor
  6. Ceddy Ang
  7. Vokey
  8. Spacedollah
  9. Sir Badang
  10. Mr Pov
  11. Farah Deluna
  12. Aminahtul Mardiah
  13. Nurnisa Omar
  14. Crystal Dietitian
  15. Zack Kirana

Undian dibahagikan kepada dua fasa, iaitu Top 15 dari 2 November hingga 1 Disember 2026, diikuti Top 5 dari 7 Disember 2026 hingga 8 Januari 2027. Setiap pengguna boleh mengundi sehingga 50 kali sehari.

Jangan lepaskan peluang menyaksikan OhBulan! Paling Viral Online 2.0 pada 15 Januari 2027, jam 9 malam, yang akan disiarkan secara langsung menerusi akaun TikTok rasmi OhBulan!

Jom meriahkan kempen ini dengan menggunakan tanda pagar rasmi #OhBulanPalingViralOnline2.0 dan layari laman rasmi OhBulan! Paling Viral Online 2.0 untuk maklumat lanjut serta mengundi calon pilihan anda!