Pelakon dan penyanyi, Wanns Ahmad mengakui perjalanan seninya kini berdepan fasa surut susulan kekurangan tawaran kerja berbanding tahun-tahun sebelumnya.

Artikel Berkaitan: Wanns Ahmad Dedah Belanja Ribuan Ringgit Rawat Gangguan Mistik – ‘Pernah Mimpi Ada Orang Tarik Saya Keluar’

Artikel Berkaitan: Wanns Ahmad Tak Segan Sertai ‘Raise The Star’, Pecahkan Tembok Ego

Pasang surut

View on Threads

Wanns atau nama sebenarnya Wan Nursalam Wan Ahmad, 35, berkata pasang surut kehidupan merupakan perkara biasa, lebih-lebih lagi bagi individu yang bekerja secara bebas.

Menyentuh mengenai kehidupannya ketika ini, Wanns menyifatkan dirinya sedang berada pada fasa paling rendah dalam putaran hidupnya.

Biasalah hidup sebagai penyanyi dan pelakon freelance ni ada pasang surutnya. Tahun 2026 ni agak surut sedikit berbanding tahun-tahun sebelum ini.

Kalau mengikut putaran jam, jarum waktu saya sekarang tengah melepak di angka 6. Harap tidak mengambil masa yang terlalu lama lah untuk kembali ke angka 12.

Dalam masa yang sama, Wanns turut berharap situasi ini tidak berlarutan sehingga memaksanya melepaskan barangan peribadi demi kelangsungan hidup.

Harap tidaklah sampai perlu mengorbankan barangan-barangan kesayangan. Tak sanggup rasanya kehilangan kekasih hati (barangan kesayangan).

Perkongsian itu mengundang perhatian netizen yang rata-ratanya mendoakan agar pelakon itu dapat bangkit semula.

Sumber: Threads