
Seorang doktor lelaki berusia 37 tahun ditahan polis di Bandung, Indonesia, selepas disyaki mencabul anak kandungnya yang berusia tiga tahun setengah.
Artikel Berkaitan: Peniaga Ditahan, Disyaki Cabul 10 Kanak-Kanak Di Melaka
Artikel Berkaitan: Pempengaruh Direman Bantu Siasatan Kes Rog*l Remaja 14 Tahun – ‘Suspek Dipercayai Rakam Semasa Kejadian’
Bapa cabul anak

Menurut laporan media tempatan, kes itu mula terbongkar pada 13 Disember 2025 apabila ibu mangsa melihat anaknya meniru perlakuan seksual.
Apabila ditanya, mangsa memberitahu bahawa dia mengetahui perbuatan tersebut melalui telefon bimbit bapanya.
Ibu mangsa kemudian mengesyaki sesuatu yang tidak kena selepas anaknya mengadu sakit pada bahagian sulit ketika membuang air kecil.
Peguam daripada Jabar Bantuan Hukum, Debi Agusfrinsa, berkata ibu mangsa mendapati terdapat kesan lebam pada bahagian tersebut sebelum membawa anaknya mendapatkan pemeriksaan doktor.
Hasil pemeriksaan mendapati terdapat koyakan sepanjang kira-kira tujuh sentimeter pada bahagian sulit mangsa.
Menurut Debi, mangsa turut menceritakan bahawa perbuatan itu dipercayai berlaku sejak November 2025.
Suspek didakwa membawa mangsa ke hotel ketika dia bertengkar dengan isterinya. Mangsa kemudian diberikan permainan sebelum perbuatan tersebut berlaku.
Suspek yang bekerja sebagai doktor itu turut difahamkan mempunyai sebuah klinik di Bandung, Jawa Barat.
Kes berkenaan telah dilaporkan kepada polis pada penghujung 2025. Pihak Jabar Bantuan Hukum kini membantu ibu mangsa bagi memastikan kes itu disiasat sehingga selesai.
Sumber: Detik Jabar






![[VIDEO] Azfar Heri Pernah Diekori Individu Tak Dikenali, Terima Pulut Kuning Waktu Maghrib – ‘Seram..Saya Terus Buang’](https://asset.ohbulan.com/2026/10/azfar1.jpg)

