Pelakon Siti Saleha mengundang pelbagai reaksi netizen selepas berkongsi momen menyambut Halloween bersama keluarga menerusi satu hantaran di media sosial.

Artikel Berkaitan: Siti Saleha Seronok Jadi Ibu, Rehat Berlakon Untuk Fokus Besarkan Anak

Artikel Berkaitan: Siti Saleha Dedah Wajah Anak, Netizen Puji – ‘Comelnya, Macam Anak Mat Salleh’

Dikecam sambut Halloween

Menerusi perkongsian di Threads, Siti Saleha, 36, dilihat tampil mengenakan busana bertemakan Halloween ketika meraikan sambutan tersebut.

Selain itu, anak sulungnya, Indra Mateen Fitton, turut bersama meraikan sambutan tersebut dengan mengenakan pakaian serba hitam.

Bagaimanapun, hantaran tersebut meraih perhatian rata-rata netizen yang kurang senang melihat pelakon berusia 36 tahun itu menormalisasikan sambutan Halloween.

Reaksi netizen

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen tampil menegur tindakan Siti Saleha yang menyambut Halloween sebagai seorang beragama Islam.

Sumber: Threads