
Pelakon Thailand, Blue Pongtiwat Tangwancharoen nafi menjalinkan hubungan cinta dengan anggota kumpulan Blackpink iaitu Lisa.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Lisa Blackpink Jalan Seorang Diri Di Itali, Netizen Spekulasi Putus Cinta Dengan Frederic Arnault?
Blue, Lisa tak bercinta

Blue sebaliknya mengesahkan bahawa mereka hanya berkawan rapat kerana memiliki perkenalan dalam lingkungan sosial yang sama.
Dia dan saya rapat kerana kawan-kawan. Rakan-rakan serta orang lebih senior dalam industri yang mengenali kami juga berada dalam kelompok yang sama.
Meskipun menyedari spekulasi mengenai hubungan mereka hangat diperkatakan di media sosial, namun Blue mengakui tidak berasa terganggu dengan perkara tersebut.
Dalam masa sama, pelakon berusia 26 tahun itu mengesahkan bahawa dia masih solo dan terbuka untuk mengenali sesiapa sahaja.
Mengulas dakwaan bakal bekerjasama dengan Lisa dalam bidang muzik, Blue menjelaskan bahawa satu-satunya projek bersama mereka ketika ini ialah kempen Tourism Authority of Thailand (TAT). Dia turut menafikan dakwaan pernah muncul dalam muzik video Lisa.
Hubungan Blue dan Lisa mula menjadi perhatian sejak 2024 selepas kedua-duanya beberapa kali dilihat menghabiskan masa bersama.
Lisa juga pernah menghantar bunga kepada Blue sempena kemunculan sulungnya sebagai penyanyi. Malah, Blue sebelum ini menyifatkan Lisa sebagai mentor yang sering memberikan nasihat mengenai kerjaya seni.
Spekulasi hubungan mereka semakin hangat selepas kedua-duanya dilihat bersama ketika sambutan hari lahir Lisa di Thailand dan di sebuah lokasi di London. Beberapa gambar yang dipercayai memaparkan Blue bersama keluarga Lisa turut tersebar.
Bagaimanapun, kedua-duanya tidak pernah mengesahkan mempunyai hubungan istimewa dan tiada kenyataan rasmi dikeluarkan oleh pihak pengurusan masing-masing.
Sumber: Koreaboo








