Jika anda mengikuti perkembangan penyanyi Tomok di Instagram, pasti tahu penyanyi ini gemar memuat naik gambar dan video comel mereka sekeluarga. Lebih menjadi tumpuan adalah gelagat anak-anaknya yang comel tu.
Terbaru, Tomok sekeluarga berkongsi perasaan sebak apabila pembantu rumahnya sudah tamat perkhidmatan dan bakal dihantar pulang ke Indonesia. Di ruangan komen, ramai yang turut merasai perasaan itu apabila melihat anak sulungnya, Arrian Akid dan isteri iaitu Ayu.
Terima kasih jaga keluarga saya
View this post on Instagram
Setiap pertemuan akan ada perpisahan. Terima kasih Daimah jaga keluarga saya dengan baik selama dua tahun. Selamat pulang ke Indonesia. Sampai jumpa lagi.
Tomok menerusi kapsyen yang ringkas dikongsikannya itu mengucapkan ucapan terima kasih kepada pembantu rumahnya. Dia sendiri yang menghantar pembantu rumah ke lapangan terbang sambil disaksikan oleh isteri, ibu dan anaknya dengan perasaan sedih.
Sedihnya tengok
Rata-rata netizen turut bersedih melihat video yang dikongsikan Tomok ini. Mereka turut menyifatkan Tomok dan keluarga beruntung kerana pernah memiliki seorang pembantu rumah yang sayangkan mereka sekeluarga. Apa-apapun, harus dipercaya bahawa setiap pertemuan pasti ada perpisahan.
Sumber: Tomok