
Pelakon, Siti Khadijah Halim berharap agar para peminatnya berhenti membuat spekulasi mengenai dirinya yang dikatakan seolah-olah kelihatan sedih dan merindui seseorang sejak kebelakangan ini.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] ‘Jangan Berkata Lebih, Kita Pun Tak Tahu Bila Kita Kena’ – Siti Khadijah Halim
Artikel Berkaitan: Siti Khadijah Tolak Babak Berkemban, Buat Permintaan Untuk Pakai ‘Cardigan’ – ‘Kalau Kena Pakai Seksi, Saya Minta Tukar’
Tak sedih

Menerusi perkongsian di Instagram Story (IGs), Siti, 29, meminta orang ramai untuk menghentikan sebarang andaian tidak berasas dilakukan terhadap dirinya.
Ini adalah kali pertama dan terakhir (jawab mengenai pasal ini). Siti harap sangat kalian hentikan delusional (khayalan) ini.
Tiada siapa yang sedih. Ini adalah Siti dan tiada sesiapa pun yang merindui sesiapa. Jadi tolong, hentikan. Saya penat.
Siti menjelaskan perkara itu selepas seorang individu bertanyakan soalan ‘Kenapa Siti nampak sedih sejak kebelakangan ini’ menerusi sesi soal jawab (Ask Me A Question) di Instagram Story miliknya.
Dalam hantaran sama, Siti turut mengingatkan orang ramai agar menghormatinya sebagai seorang individu dan anak seni.
Ujarnya, masih banyak perkara lain yang boleh diketengahkan mengenai dirinya selain terus membuat spekulasi berhubung kehidupan peribadinya.
Sebelum perkara yang lain, saya sudah pun menjadi Siti Khadijah Halim. Inilah Siti. Saya mempunyai banyak lagi perkara yang boleh ditawarkan.
Cuma bukan perkara itu dan tolong hormati perkara tersebut.
Sumber: Instagram








