
Penyanyi Shiha Zikir mengakui tahun ini bukanlah satu tempoh yang mudah buat dirinya apabila terpaksa berdepan dengan pelbagai dugaan.
Artikel Berkaitan: ‘Berkawan Dengan Orang Yang Mengajak Kita Jadi Lebih Baik, Bukan Membenci & Mengumpat’ – Shiha Zikir
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Shiha Zikir Anggap Belum Kahwin Satu Rezeki – ‘Dapat Jaga Mak’
Shiha Zikir luah perasaan

Menerusi satu hantaran di Threads, Shiha mendedahkan berdepan dugaan apabila keadaan kesihatan ibunya yang kurang baik selain berdepan dengan pengkhianatan oleh orang sekelilingnya.
Tahun ini banyak ujian yang Allah SWT hadiahkan.
Mak sakit dan baru-baru ni dapat tahu maki hamun dari orang-orang yang pernah dan sedang bersama kita dibelakang.
Bagaimanapun, penyanyi itu memilih untuk menerimanya dengan hati terbuka dan menganggap ia sebagai salah satu ujian dalam kehidupan.
Terima kasih tau korang yang kutuk-kutuk tu. Alhamdulillah boleh baca satu persatu.
Moga Allah pelihara kalian dunia akhirat. Kadang kebaikkan atau pengorbanan kita ni, mungkin langsung tak bermakna.
Malah, Shiha turut menitipkan pesanan kepada individu lain yang berdepan situasi sama agar tidak membiarkan pengalaman buruk mengubah sikap mereka terhadap orang lain.
Yang lalui situasi yang sama, jangan jadikan perkara ni buatkan kita berubah. Teruskan menghargai mereka yang layak.
Dan jgn jadi talam 44 muka. Geng-geng tu dah screenshot belum? Jangan lupa letak hashtag sekali.
Hope berani cakap depan-depan ya. Tak best lah asyik lepak mamak gosip dekat belakang.
Sumber: Threads








