berita

Diskriminasi Terlampau, Isteri Putera Harry Pernah Fikir Untuk Bunuh Diri?

March 9th, 2021 | by Amirul Asraf
Kini Trending

Isteri Putera Harry iaitu Meghan Markle mendedahkan beliau pernah berniat untuk membunuh diri ekoran tidak sanggup lagi berdepan diskriminasi dan sifat perkauman terlampau dalam sistem monarki keluarga diraja Britain.

Artikel berkaitan: Tidak Akan Kembali Sebagai Anggota Keluarga Diraja, Putera Harry & Isteri Lepas Semua Gelaran Kehormat

Artikel berkaitan: ‘Kami Hormat Keputusan Mereka’ – Ratu Elizabeth Akhirnya Akur Kehendak Putera Harry ‘Keluar’ Dari Istana

Artikel berkaitan: Terkejut Dengan Pengumuman Putera Harry & Meghan, Ratu Elizabeth Adakan Mesyuarat

Menerusi laporan Reuters, Meghan turut mendakwa hak anak lelakinya, Archie sebagai putera bagi kerabat diraja itu turut dinafikan hanya kerana dikandung oleh seorang wanita yang mempunyai darah campuran keluarga berkulit gelap.

Bimbang warna kulit

Lebih menyedihkan apabila mereka menimbulkan kebimbangan mengenai warna kulit Archie sebelum dilahirkan. Saya tidak mahu hidup lagi dan ia adalah pemikiran berterusan yang sangat jelas dan menakutkan.

Menurut Meghan, beliau pernah terfikir untuk membunuh diri. Pendedahan Meghan yang disifatkan sebagai luar biasa dalam keluarga diraja dilihat sekali lagi mengugat institusi itu. Tambahnya, sewaktu berdepan masalah kesihatan mental, beliau tidak menerima sebarang bantuan malah dinafikan oleh keluarga diraja itu.

Sebelum ini, Putera Harry telah meninggalkan United Kingdom (UK) untuk bersama isteri dan anak mereka. Mereka dipercayai menetap di Archie, Kanada. Keputusan pasangan itu untuk berudur daripada keluarga diraja juga dibuat secara mengejut.

Penting diri sendiri

Selepas membuat keputusan berpindah ke Amerika Utara, bekas pelakon televisyen itu mula digambarkan sebagai seorang individu yang keras kepala, licik dan mementingkan diri sendiri apabila tergamak membuat keputusan meninggalkan institusi diraja.

Menurut laporan tersebut juga, keputusan penghijrahan itu dibuat kerana khuatir ‘sejarah berulang’. Hal itu juga merujuk kepada insiden kematian ibunya, Puteri Diana yang terbunuh dalam kemalangan jalan raya bersama Dodi Al-Fayed pada tahun 1997 di Paris.

Sumber: Reuters

SKIP THIS AD ×