berita

Tidak Akan Kembali Sebagai Anggota Keluarga Diraja, Putera Harry & Isteri Lepas Semua Gelaran Kehormat

February 20th, 2021 | by Amirul Asraf
Kini Trending

Semalam, Putera Harry mengumumkan bahawa beliau akan melepaskan jawatan kehormat tentera dan hak keistimewaannya sebagai anggota Diraja. Tambah beliau, isterinya, Meghan Markle, tidak akan kembali sebagai anggota Diraja yang bekerja di Istana Buckingham.

Artikel berkaitan: Selepas Tinggalkan Istana, Putera Harry & Meghan Markle Akan Lepaskan Gelaran Diraja

Artikel berkaitan: ‘Kami Hormat Keputusan Mereka’ – Ratu Elizabeth Akhirnya Akur Kehendak Putera Harry ‘Keluar’ Dari Istana

Artikel berkaitan: Terkejut Dengan Pengumuman Putera Harry & Meghan, Ratu Elizabeth Adakan Mesyuarat

Gegar monarki Britain

Menerusi laporan CNN, Duke dan Duchess of Sussex itu pernah menggegarkan monarki Britain ketika mereka berhenti dari tugas barisan hadapan Diraja sejak setahun yang lalu. Sejak daripada itu juga, mereka memulakan kehidupan yang baru dan menetap di California.

Pasangan tersebut juga mengambil keputusan mahu mencipta peranan baru dalam institusi diraja dan mereka bersedia untuk melakukan perubahan yang lebih besar iaitu membahagikan masa antara United Kingdom dan North America disamping terus berkhidmat kepada Queen Elizabeth. Namun begitu, Putera Harry mengumumkan bahawa dia nekad melepaskan jawatan kehormat tentera dan hak keistimewaannya sebagai anggota Diraja secara rasmi. Isterinya Meghan juga melakukan perkara yang sama dan mereka tidak akan kembali sebagai anggota Diraja yang bekerja di Istana Buckingham.

Tidak akan kembali

Duke dan Duchess of Sussex telah mengesahkan kepada Yang Mulia Ratu bahawa mereka tidak akan kembali sebagai anggota Keluarga Diraja yang bekerja. Ratu telah menulis yang mengesahkan bahawa dalam menjauhkan diri dari tugas Keluarga Diraja, tidak mungkin untuk meneruskan tanggungjawab dan tugas yang datang dengan kehidupan berkhidmat untuk umum. Oleh itu, pelantikan kehormat tentera dan keistimewaan Diraja yang dipegang oleh The Duke dan Duchess akan dikembalikan kepada Tuanku, sebelum diagihkan semula dalam kalangan anggota Keluarga Diraja yang bekerja.

Terdahulu, Putera Harry merupakan bekas tentera yang memegang beberapa gelaran kehormat ketenteraan, pelantikan Komanwel dan beberapa jawatan lain. Manakala, Meghan juga diberikan beberapa peranan kehormat selepas menikahi Putera Harry pada bulan Mei 2018.

Sumber: CNN

The following two tabs change content below.

Amirul Asraf

Senior Content Champion at Rev Media Group
I became a writer to come as close as possible to the heart of the world.

SKIP THIS AD ×