Foto: Daily Mail
Aneh dan misteri apabila melihat ‘kelibat’ patung kanak-kanak perempuan yang ditemui sedang duduk di atas buaian berhampiran sebuah paya bakau di sebuah perkampungan di Quuensland Utara.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Baru Je Nak Tegur Tapi Teringat Jiran Baru Meninggal Dunia 7 Hari Lepas…
Kehadiran patung tersebut dipercayai membawa malang dan secara tidak langsung menakutkan penduduk di situ.
Patung bawa malang
Foto: Daily Mail
Menerusi laporan yang dipetik daripada Daily Mail, penduduk yang menetap di sana mendakwa objek tersebut boleh membawa malang atau bahasa mudahnya seseorang itu akan menerima nasib buruk dan akan berlakunya insiden seram di situ. Ujar salah seorang penduduk di sana, masing-masing tahu akan kewujudan patung berkenaan, tetapi hanya mendiamkan diri.
Semua orang tahu tentang patung itu, tapi tiada sesiapa yang nak bercakap tentangnya.
Ujarnya lagi, tiada sesiapa pun tahu akan asal usul patung tersebut dan turut hairan bagaimana patung itu boleh berada di atas buaian berkenaan.
Nasib malang dipercayai sebab patung
Foto: Daily Mail
Tidak berakhir di situ, para penduduk juga mempercayai masalah seperti kerosokan moto atau kehilangan peralatan mancing di lokasi berkenaan berkait rapat dengan kehadiran patung itu.
Saya dengar kisah ada orang yang mendekati patung itu mengalami nasib malang ketika pergi menaiki bot atau memancing. Ia mungkin tidak berkaitan atau sekadar kisah dari mulut ke mulut, tapi saya tidak berani bermain-main dengannya.
Apa yang lebih mengerikan, mereka turut mempercayai apabila seseorang itu membuat teguran kepada patung itu dia akan menerima nasib yang malang.
Sumber: Daily Mail