Foto: Tribun News
Malang nasib menimpa seorang gadis dikenali sebagai Rizna Apriliandhiny berasal dari Cileunyi, Kabupaten Bandung, Indonesia selepas dipercayai dibunuh oleh kekasihnya sendiri.
Apa yang lebih menyedihkan apabila mayat mangsa ditemui di dalam semak yang terletak di Jalan Cisaranten Kulon III, Kecamatan Arcamanik, Kota Bandung pada Khamis (3/3/2022) pagi.
Dibunuh kekasih sendiri
Memetik laporan media tempatan, pihak polis telah menahan dua suspek yang disyaki terlibat dalam pembunuhan tersebut dan mangsa dipercayai sempat diajak menginap di hotel sebelum berlakunya peristiwa hitam itu.
Ya, alhamdulillah, kami telah menangkap seorang (pembunuh) dibantu lelaki lain untuk melupuskan mayat mangsa.
Ujar Ketua Polis Bandung, Kombes Pol Aswin Sipayung, suspek yang ditahan masing-masing berusia 33 (DG) dan 25 tahun (DP). Hasil soal siasat mendapati DG mengaku sebagai kekasih mangsa dan kedua-dua supek mengenali antara satu sama lain.
Bercerita lebih lanjut, sebelum dibunuh mangsa pernah menginap hotel bersama suspek di sebuah hotel di kawasan Bandung. Namun berlakunya pertengkaran antara mereka berdua sebelum suspek bertindak mencekik leher mangsa sehingga meninggal dunia.
Daripada hasil bedah siasat, mangsa mati dicekik. Kerana hasil (bedah siasat) mangsa mati sesak nafas.
Bawa mayat naik motosikal
Sekadar gambar hiasan
Apa yang lebih mengejutkan, apabila suspek didakwa membawa mayat mangsa menggunakan motosikal dan sempat membuat panggilan kepada rakannya berikutan panik ketika itu.
Atas nasihat yang diberikan, suspek dikatakan membawa ‘mangsa’ menaiki motosikal dan sempat berpusing-pusing bagi mencari tempat yang sesuai yang membuang mayat tersebut.
Mereka sempat berpusing-pusing menaiki motosikal, menaiki tiga orang bersama mangsa yang maut. Setibanya di lokasi (Arcamanik), pelaku akhirnya membuang mayat itu.
Sumber: Tribun News