Korang tahu tak, selain pakai produk penjagaan wajah dan mekap untuk naikkan seri, ada satu lagi cara yang korang boleh guna untuk sentiasa tampil menawan terutama sekali pada hari istimewa seperti Hari Raya Aidilfitri.
Cara ni lain sikit, modal pun keluar sekali je. Untung! Nak tahu caranya? Kena la baca sampai habis…
Wanita nampak menarik bila kenakan emas!
Sebenarnya wanita kelihatan lebih cantik dan menarik apabila mengenakan perhiasan. Apatah lagi semasa acara atau hari istimewa. Mengenakan perhiasan daripada emas terutamanya boleh membangkitkan seri si pemakai dan secara tak langsung membuat penampilan si pemakai kelihatan lebih anggun dan menarik.
Dapatkan beg jut secara percuma sekarang!
Sempena sambutan hari raya Aidilfitri tahun ini, korang boleh dapatkan koleksi emas yang menarik dari Poh Kong. Tambahan pula, mereka ada promosi dimana bila ahli berbelanja RM1,500 korang boleh dapat beg jut secara PERCUMA! Jangan bimbang, yang bukan ahli pun boleh dapat jugak beg jut ni tapi korang kena berbelanja minima RM2,000 tau.
** Tertakluk pada terma &syarat
**Sementara stok masih ada.
Kumpul mata ganjaran dengan aplikasi Jeweland!
Kalau nak beli emas dengan Poh Kong, pastikan korang muat turun aplikasi Jeweland. Ada banyak kelebihan antaranya korang boleh kutip mata ganjaran, boleh redeem baucar tunai dan sertai cabutan bertuah.
Lebih menarik lagi, sempena sambutan aidilfitri tahun ni Poh Kong tawarkan cabutan bertuah bernilai sehingga RM30,000 untuk semua ahli jeweland!
Lepas tu, korang juga boleh tebus baucar istimewa sempena hari raya dengan hanya menggunakan 50 mata ganjaran. Untung giler korang sebab sebelum ni kalau nak redeem baucar kena guna 100 mata ganjaran.
Jom beli emas dari Poh Kong!
Walau bagaimanapun, nak beli emas ni kena hati-hati. Banyak scammer. Nak mudah, beli je dengan Poh Kong. Dah tentu terjamin ketulenan dan design pun cantik-cantik semua!
Seronok tau beli emas dari Poh Kong sebab sekarang mereka ada buat promosi melalui pembelian online di https://eshop.pohkong.com.my/. Setiap minggu, ada 1 koleksi charm Anggun (emas 916/22K) yang akan dijual hanya dengan RM1 untuk 10 minggu berturut-turut. Maknanya inilah peluang terbaik korang untuk dapatkan kesemua 10 charm tersebut dengan harga terlajak murah.
Selain itu, bagi pembeli yang baru mendaftar melalui Poh Kong eShop, korang akan menikmati diskaun RM 10 dan penghantaran percuma bagi pembelian pertama korang.
**Tertakluk pada terma dan syarat.
**Promosi diskaun RM 10 adalah terhad. Siapa cepat dia dapat.
Banyak pilihan tersedia. Cantik semuanya!
Bukan itu sahaja, rekaan yang ditawarkan Poh Kong juga sangat cantik dan trendy. Sesuai di gayakan oleh semua peringkat umur. Cakap banyak pun tak guna, jom min kongsikan koleksi-koleksi emas dari Poh Kong.
1. Koleksi Anggun pamer keunikan Malaysia.
Bagi korang yang belum pernah datang ke Poh Kong atau lihat website mereka, Anggun ini merupakan rangkaian barang kemas yang dihasilkan untuk memperlihatkan keunikan Malaysia. Antara barang wajib milik di dalam koleksi Anggun ini termasuklah koleksi charm bagi bangle mereka.
Ada banyak corak yang menarik diketengahkan, antaranya corak daun, buah-buahan, makanan dan juga perkataan yang mengambarkan kebersamaan kita seperti durian, manggis, ketupat, cucur udang, perkataan “Syok” dengan latar belakang gambar buah kelapa Cute betul!
Menggoda betul kilauan bangle dari koleksi Anggun ni. Tak hairanlah ianya menjadi kegilaan ramai. Beli satu bagi dekat mak, confirm mak korang happy gila. Bertatahkan permata berwarna pink lembut dan putih, sesiapa yang menatapnya pasti akan jatuh hati!
2. Koleksi Melur jadi igauan ramai!
Disamping koleksi Anggun, kita juga ada koleksi Melur. Koleksi ini merupakan koleksi yang mengetengahkan rekaan berasaskan keindahan dan kemurnian bunga melur itu sendiri. Koleksi ini menawarkan beberapa pilihan barang kemas dengan rekaan elegan antaranya loket, cincin dan subang.
Menawan betul rekaan dari koleksi Melur ni, betul tak? Lebih menarik lagi, loket bagi koleksi ini ditawarkan dalam 3 saiz iaitu saiz kecil, sederhana dan besar. Jadi korang boleh pilih ikut kesesuaian bajet korang.
3. Koleksi Manja untuk si cilik & para remaja!
Seterusnya, kita ada koleksi Manja, koleksi ini menawarkan barang kemas berupa cincin, loket dan subang khas untuk anak-anak muda dan remaja. Bukan orang dewasa je nak tampil berseri dan menawan di hari-hari istimewa, anak-anak kita pun sama. Mereka juga nak nampak cantik dan berseri. So, tak salah kalau kita hadiahkan mereka barang kemas kesukaan mereka.
4. Rantai tangan Alamanda penyeri pagi raya!
Gelang tangan Alamanda adalah antara koleksi yang korang boleh beli dan hadiahkan pada diri sendiri dan ahli keluarga. Design dia WOW! Ada gantungan bunga-bunga kecil. Lawa kalau pakai pagi raya, berseri-seri nanti. Onzzz teruk rekaan ni.
5. Mewah sungguh rekaan koleksi loket bunga raya!
Korang yang ada bajet lebih, koleksi loket bunga raya Poh Kong adalah antara koleksi terbaik yang korang boleh beli. Rekaan untuk loket bunga raya ni memang tip top. Dilakukan secara teliti ye. Tak percaya? Korang tengok sendiri.
Memperlihatkan kehalusan seni pertukangan dan keindahan bunga yang berkembang mekar, ni kalau korang hadiahkan dekat mak korang, gerenti korang terus jadi anak kesayangan raya tahun ni. Tak habis-habis mak puji.
6. Rantai leher Tranz sentuhan klasik/ retro sepanjang zaman!
Last but not least, kita ada rantai leher klasik Tranz iaitu hasil rekaan seni yang menggabungkan bentuk bujur dan pelbagai bentuk geometri lain bagi menghasilkan seni karya agung dengan sentuhan retro.
Jadi yang mana satu korang bekenan? Pilih jangan tak pilih ye.
Uishhh…. Macam-macam Poh Kong bagi ni, memang rugi sangat la kalau korang tak beli barang kemas mereka raya tahun ni. Kata nak tampil anggun, menawan dan lain daripada hari-hari biasa, jadi kenalah bergaya dengan barang kemas Poh Kong!
Apa lagi tunggu, jom singgah Poh Kong dan beli perhiasan baru agar pagi raya nanti bila tengok cermin, senyum sampai telinga. Bahagia gitu!
Sertai game online Facebook untuk menang baucar tunai dan barang kemas!
Oh ya, jangan lupa untuk sertai mini online game yang dianjurkan Poh Kong melalui official Facebook page mereka @poh kong jewellers.
Banyak hadiah menarik yang ditawarkan antaranya barang kemas dan baucar tunai. Nak tahu jam berapa dan game apa yang bakal korang main nanti? Kena stay tune la untuk tu. Kalau boleh, follow dan like Facebook mereka untuk sebarang maklumat berkaitan promosi dan event istimewa yang mereka anjurkan.
Website: Poh Kong
eShop: https://eshop.pohkong.com.my/
Facebook: Poh Kong Jewellers
IG: @pohkongmy
App Store: Aplikasi Jeweland
Googleplay: Aplikasi Jeweland
Lokasi kami: https://www.pohkong.com.my/location/locateus