Walaupun sering berkongsi aktiviti harian Muhammad Bilal, sehingga ke hari ini peminat masih tidak lagi ‘dibenarkan’ melihat wajah comel bayi Neelofa dan PU Riz itu.
Artikel berkaitan: Neelofa ‘Belanja’ Lagi Wajah Sipi Bilal, Netizen Kecewa – ‘Bayangkan Dah Sampai Ajal Tak Dapat Tengok?’
Artikel Berkaitan: ‘Sorry Semua, Ini Bukan Bilal’- Neelofa Nafi Video Bayi Tular Anaknya
First class
Sebelum ini, Noor Neelofa Mohd Noor atau lebih dikenali sebagai Neelofa, dan Muhammad Haris Mohd Ismail atau lebih dikenali sebagai Haris sepakat untuk tidak mendedahkan wajah anaknya kepada umum kerana mahu mengelak daripada terkena penyakit Ain.
Namun begitu, Neelofa kerap berkongsi perkembangan serta rutin anaknya kepada peminat di media sosial walaupun hanya menampakkan sebahagian tubuh badan Muhammad Bilal.
Menerusi perkongsian terbaru yang dimuat naik di story Instagram Neelofa, Muhammad Bilal telah menghadiri kelas pertamanya. Walaupun hanya menampakkan tubuh belakang Bilal sahaja, tetapi aksi yang begitu teruja ditunjukkan oleh Bilal semasa menghadiri kelas itu.
MasyaAllah ada orang tu happy sangat at his first class
Terdahulu, Noor Neelofa dan Haris,27, telah mendirikan rumah tangga pada 27 Mac tahun lalu. Hasil perkahwinan tersebut mereka dikurniakan seorang anak lelaki, Muhammad Bilal yang dilahirkan pada 29 Januari 2022.
Sumber: @Neelofa