Lebih kurang 6 tahun yang lalu, tular mengenai kejadian melibatkan pelakon dan pelawak, Mat Over yang menampar penerbit filem terkenal, Datuk David Teo ketika sesi Dialog Transformasi Nasional TN50 bersama Perdana Menteri ketika itu, Datuk Seri Najib Razak.
Artikel Berkaitan: ‘Saya Tak Rasa Tindakan Saya Itu Keterlaluan’- Mat Over
Mat Over, David Teo berdamai
Terbaru, Mat Over atau nama sebenarnya Sulaiman Yassin mendedahkan bahawa dia dan David sudah pun berdamai selepas tidak menyangka akan bertemu penerbit filem berkenaan ketika hadir di satu majlis berbuka puasa yang berlangsung pada malam Khamis.
Malam tadi (khamis), saya hadiri majlis berbuka puasa di sebuah hotel yang membabitkan rakan-rakan artis. Jadi, apabila ternampak David yang turut berada di situ, saya tergerak hati untuk terus bertemu dengannya dan meminta maaf.
Dalam bulan yang mulia ini, apa salahnya kita bermaaf-maafan antara satu sama lain. Lagi pun, saya pernah melakukan kekasaran kepadanya.
Menurut Mat Over yang menceritakan semula mengenai kejadian yang berlaku 6 tahun lalu, dia mengakui bahawa dia seakan-akan hilang kewarasan pada ketika itu.
Mungkin ketika kejadian itu, saya hilang sekejap kewarasan di dalam pemikiran saya. Tak ada maknanya kita sesama manusia ini, berdendam walaupun kita berbeza agama. Pada hakikatnya, kita adalah hamba Allah.
Sebagai manusia, kita takkan lari daripada melakukan kesilapan. Kita kena akur bahawa kesilapan itu berpunca daripada diri kita. Cuma, janganlah malu untuk mengaku dan jangan malu untuk memohon maaf.
Video
@mat_over3 Aku juga manusia biasa yg sering melakukan kekhilafan…Jangan merasa malu mengakui kesilapan yang pernah kite lakukan.. -Itulah Tugas setiap Insan- Hari baik bulan baik ini marilah kita bermaaf maafan #fypmalaysia?? #fypterengganu #fyptiktokviral #fyppantaitimur #fypkualaberang #malaysiaku ? original sound – mat_over
Terdahulu, Mat Over memuat naik satu video memaparkan dirinya dan David berdamai ketika bertemu di sebuah majlis berbuka puasa pada malam Khamis.
Difahamkan, kedua-dua selebriti tanah air itu tidak pernah bersua muka dalam mana-mana majlis sejak kejadian yang berlaku pada 6 tahun yang lalu.
Untuk info, David ditampar Mat Over ketika menyuarakan ketidakpuashatiannya terhadap pengacara majlis ketika itu, Datuk Rosyam Nor yang didakwa tidak memberikan kesempatan kepada beberapa tetamu untuk bertanyakan soalan serta menyuarakan pendapat.
Berang dengan keadaan itu, Mat Over kemudiannya dilihat terus meluru ke pentas untuk memberi amaran kepada David sebelum menampar penerbit filem berkenaan.
Sumber: Harian Metro, TikTok