Tular satu video di TikTok memaparkan pelakon dan penyanyi, Aqasha yang menyanyikan lagu popular dendangannya yang bertajuk Embun.
Artikel Berkaitan: [VIDEO]Viral Budak Cina Nyanyi & Menari Untuk ‘Birthday’ Kawan Melayu, Netizen Teringat Iklan Dulu-Dulu
Nyanyi duduk pun sedap
Menerusi video dimuat naik pelakon, Azhar Sulaiman di TikTok, dapat dilihat Aqasha menyanyikan lagu tersebut ketika sedang berehat di lokasi penggambaran.
Apa yang mengagumkan ialah, meskipun menyanyi dalam keadaan duduk dan bersahaja, pelakon drama Hilang Yang Kembali itu berjaya menyanyikan lagu tersebut dengan sungguh merdu.
@theazharsulaimanMami selalu bawak Party!? original sound – AzharSulaiman
Dalam pada itu, selain daripada kagum dengan kelunakan suara pelakon itu, wargamaya juga terkesima melihat ketampanan wajah Aqasha yang seperti tidak dimamah usia.
Respon netizen
Menjengah di ruangan komen, rata-rata netizen memuji ketampanan wajah Aqasha dan ada juga yang mengimbau kembali kenangan dengan mengatakan bahawa pelakon berkenaan menjadi antara pelakon yang menjadi pujaan ramai wanita satu ketika dahulu.
Sumber: TikTok