berita

[VIDEO]Viral Budak Cina Nyanyi & Menari Untuk ‘Birthday’ Kawan Melayu, Netizen Teringat Iklan Dulu-Dulu

February 19th, 2023 | by Alia
Kini Trending

Sebuah video di TikTok yang memaparkan seoarang budak lelaki berbangsa Cina sedang ligat menyanyi dan menari sempena ulang tahun rakan perempuan Melayunya telah mencuit hati warganet.

Artikel Berkaitan: ‘Istimewa Hari Lahir, Suami Hadiahkan Gelang Tangan’ – Neelofa

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Tidak Berdendam, Wanita Buat ‘Surprise Delivery’ Untuk Isteri Bekas Suami – ‘Jasa Murni Kak Tak Mampu Nak Balas’

Raikan kawan walau lain bangsa

Menerusi rakaman yang dimuat naik dilihat sekumpulan pelajar berbangsa Cina sedang bertepuk tangan menyanyikan lagu selamat hari jadi dalam bahasa mandarin kepada seorang murid perempuan berbangsa melayu.

Paling menarik perhatian apabila salah seorang pelajar Cina dilihat dengan lincah berdiri sambil menyanyi dan berjoget untuk menghiburkan rakan perempuannya itu.

Gelagat kanak-kanak yang dipercayai dari sebuah Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) tersebut telah dirakam oleh guru mereka.

@eldenchan17

Pengsan saya????

? original sound – Elden Chan(900k+followers) – Elden Chan

Terkenang iklan sambutan merdeka

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet menyatakan video ini mengingatkan mereka dengan iklan Merdeka hasil tangan Allahyarhamah Yasmin Ahmad yang popular suatu ketika dahulu.

Tinjauan OhBulan! mendapati video itu setakat ini memperoleh 3.5 juta tontonan dan memperoleh sebanyak 380500 tanda suka di TikTok.

Sumber: TikTok

SKIP THIS AD ×