Tular sepotong video memperlihatkan seorang pekerja sebuah warung makanan mengamuk selepas didakwa memberikan layanan buruk kepada pelanggannya.
Artikel Berkaitan: Baru Dapat Gelaran Hajah, Rupanya ‘Mak Ayam’ Di Warung
Artikel Berkaitan: Berlagak Tuan Besar, Pengotor dan Pemalas – Sindiran ‘Pedas’ Lelaki Ini Untuk Pengunjung Ikea
Mengamuk sebab layanan teruk?
Menerusi perkongsian di X, seorang wanita yang dikenali sebagai Farah mendakwa dia telah menerima layanan yang teruk daripada seorang pekerja di sebuah warung tepi jalan yang terletak di Kuala Perlis.
Dalam rakaman video tersebut, pekerja berkenaan dilihat melintas jalan dan menuju ke arah wanita terbabit sebelum bertindak mencampakkan wang berjumlah RM8 ke atas mejanya.
Berdasarkan perkongsian wanita bernama Farah itu, pekerja warung tersebut didakwa naik angin selepas ditegur agar memberi layanan yang baik kepada pelanggan lain termasuk dirinya.
Dakwanya lagi, pekerja tersebut juga telah mengeluarkan kata-kata kesat kepadanya dan meminta dia untuk menjaga adab. Malah, wanita berkenaan mendakwa dia hampir dibaling selipar oleh pekerja terbabit.
Perkongsian tersebut telah mendapat pelbagai reaksi wargamaya. Rata-rata netizen menyifatkan tindakan pekerja tersebut sebagai biadap terutama percakapannya.
Pun begitu, ada juga segelintir netizen yang tidak menyebelahi mana-mana pihak dan ingin mengetahui cerita sebenar yang sepenuhnya.
Dalam masa sama, ada juga wargamaya yang turut berkongsi pengalaman mereka ketika berkunjung ke warung berkenaan.
Sumber: X