Pengarah filem ‘Cerana Biduk Bu Merah’ iaitu Haizul Anafer Ali yakin filem arahannya itu mampu menarik perhatian ramai penonton meskipun sudah lama terperam sebelum ditayangkan.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Fasha Sandha Tak Berkira Soal Bayaran – ‘Ada Benda Yang Saya Buat Kerana Semangat & Cinta Pada Lakonan’
Terperam akibat Covid-19
Ketika ditemui OhBulan!, Haizul berkata, filem pertama arahannya itu terpaksa mengambil sedikit masa untuk ditayangkan kerana pandemik Covid-19 yang melanda seluruh dunia beberapa tahun yang lalu.
Sebenarnya penggambaran filem ini dibuat di Kuala Kangsar sebelum berlakunya pandemik pada 2018 yang lalu.
Dan kalau diikutkan sudah lama filem ini patut ditayangkan tetapi disebabkan pandemik Covid-19, ia mengambil sedikit masa untuk menemui penonton di pawagam.
Haizul berkongsi perkara tersebut ketika ditemui pada malam gala dan tayangan perdana filem ‘Cerana Biduk Bu Merah’ yang diadakan di TGV Aeon AU2, Keramat pada Jumaat.
Ketika ditanya mengenai idea untuk pembikinan filem ini, pengarah berpengalaman itu mengatakan bahawa idea itu mula timbul kerana dirinya merupakan seorang penggemar filem seram.
Dalam masa yang sama, Haizul ingin membawa mesej yang dapat membuka mata penonton sekaligus memberikan pengajaran buat mereka.
Zaman saya mula-mula mengarah dulu saya hanya hasilkan cerita-cerita biasa sahaja. Dan untuk pengetahuan saya ini merupakan seorang peminat filem seram.
Saya suka menonton banyak belajar dari filem-filem yang bergenre seram. Jadi dari situ timbulnya minat dan idea untuk menghasilkan filem in.
Dan pada masa kini, segelintir manusia dilihat terlalu mengutamakan hal duniawi serta rakus ingin mencapai kejayaan sehingga terlupa beban syurga dan neraka yang menanti.
Melalui filem ini juga saya menyelitkan kesan melakukan perbuatan syirik, saka, semangat dan spiritual yang sebenarnya masih berleluasa dalam masyarakat kita.
Filem Cerana Biduk Bu Merah
Cerana Biduk Bu Merah merupakan filem bergenre seram yang diterbitkan oleh Goldhill Pictures Sdn. Bhd dan diarahkan oleh Encik Haizul Anafer Ali. Antara pelakon yang membintangi filem ini termasuklah Fasha Sandha, Wan Hanafi Su, Pekin Ibrahim dan Badrul Muhayat.
Filem ini sudah pun mula ditayangkan di pawagam pada 12 Oktober 2023 yang lalu. Marilah beramai-ramai menyaksikan filem ‘Cerana Biduk Bu Merah’ yang sarat dengan pengajaran ini.