berita

[VIDEO] Fasha Sandha Tak Berkira Soal Bayaran – ‘Ada Benda Yang Saya Buat Kerana Semangat & Cinta Pada Lakonan’

October 7th, 2023 | by Amirul Ilyasha
Kini Trending

Fasha Sandha Tak Demand Harga Tinggi

Meskipun ditawarkan harga yang agak rendah dalam filem ‘Cerana Biduk Bu Merah’, pelakon, Fasha Sandha berkata dia tidak kisah untuk menjadi peneraju utama dalam filem tersebut.

Artikel Berkaitan: Fasha Sandha Berdebar Berlakon Dengan Erra Fazira -‘Di Bangku Sekolah, Nama Dia Aku Jerit Dalam TV’

Buat sebab minat

Fasha Sandha Tak Demand Harga Tinggi

Ketika ditemui OhBulan!, Fasha atau nama sebenarnya Nur Fasha Sandha Hassan berkata, antara sebab dirinya menerima tawaran untuk menjayakan watak utama bagi filem tersebut adalah kerana minatnya yang mendalam dalam bidang lakonan.

Seperti yang anda dapat saksikan filem ini merupakan filem yang tidaklah begitu tinggi bajetnya jadi kami semua bekerja mengikut bajet yang telah ditetapkan.

Jadi sebab itu, saya tak boleh nak caj kita punya rate harga yang sebenar dan ada benda yang saya buat kerana duit, ada benda yang saya buat kerana semangat dan cinta pada lakonan.

Meskipun saya tidak mendapat bayaran mengikut rate saya yang sebenar, jujur saya katakan saya terima tawaran ini adalah kerana semangat kecintaan saya dalam bidang lakonan.

Perkara tersebut dikongsi Fasha ketika malam gala dan tayangan perdana filem ‘Cerana Biduk Bu Merah’ yang diadakan di TGV Aeon AU2, Keramat pada Jumaat malam.

Nak tolong pengarah

Fasha Sandha Tak Demand Harga Tinggi

Sementara itu, ibu kepada tiga orang anak itu juga memaklumkan bahawa antara sebab dirinya memilih untuk menjayakan watak utama bagi filem ini adalah kerana ingin bekerjasama dengan pelakon berpengalaman, Wan Hanafi Su.

Bukan itu sahaja, Fasha juga ingin membantu merealisasikan impian pengarah, Haizul Anafer Ali dalam pembikinan filem pertamanya di dalam industri.

Encik Haizul (pengarah) ni merupakan antara orang lama dalam industri sebenarnya. Jadi bila dia minta tolong tu, saya memang dengan rela hati ingin membantu.

Selain itu, sebab saya setuju adalah kerana akan bergandingan dengan Wan Hanafi Su. Saya suka berlakon dengan dia dan kali terakhir kami berlakon bersama adalah bagi sebuah drama 50 episod terbitan stesen televisyen kerajaan pada usia saya 18 tahun.

Dan bila saya dapat bergandingan sekali lagi selepas beberapa tahun dengan Wan Hanafi Su, adanya juga Pekin Ibrahim dalam senarai pelakon, jadi itu antara sebab-sebab saya setuju untuk berlakon bagi filem ini.

Ketika ditanya pendapat mengenai sesetengah pelakon yang meminta untuk dibayar dengan harga yang tinggi, Fasha berpendapat apa yang dilakukannya ini adalah untuk membantu pengarah serta pihak produksi dalam berkarya menghasilkan filem yang mereka idamkan dalam industri.

Bayaran ni sebenarnya sangatlah subjektif dan setiap orang akan menjaga rate bayaran masing-masing.

Sudah tentu sebagai seorang pelakon kita perlu memikirkan pelbagai perkara sebelum terima apa-apa tawaran tapi bila pihak produksi minta tolong jadi saya tolong. Mana tahu hari ini kita tolong orang, esok lusa kita pula akan dibantu.

Lagi pun mereka juga ingin berkarya tetapi karya mereka itu harus sejajar dengan bajet mereka. Jadi kalau kita berikan rate harga kita yang sebenar mungkin sukar untuk mereka merealisasikan impian mereka itu.

Filem Cerana Biduk Bu Merah

Cerana Biduk Bu Merah

Cerana Biduk Bu Merah merupakan filem bergenre seram yang diterbitkan oleh Goldhill Pictures Sdn. Bhd dan diarahkan oleh Encik Haizul Anafer Ali. Antara pelakon yang membintangi filem ini termasuklah Fasha Sandha, Wan Hanafi Su, Pekin Ibrahim dan Badrul Muhayat.

Anda mula menonton filem ini di pawagam terdekat anda bermula pada 12 Oktober 2023 nanti.

SKIP THIS AD ×