Seorang lelaki ditangkap kerana telah menikam adik perempuannya dengan berulang kali di Kampung Pilar, Bekasi, Indonesia.
Artikel Berkaitan: Lelaki Tikam Bapa Mentua Sampai Mati
Artikel Berkaitan: Gara-Gara Berang Tak Masak Sahur, Suami Tergamak Tetak & Tikam Isteri Berkali-Kali Sehingga Mati
Tersinggung dengan kata-kata
Gambar sekadar hiasan
Menerusi laporan Wartakota, pembunuhan tersebut berlaku disebabkan suspek berasa sakit hati dan tersinggung dengan kata-kata adiknya yang dianggap menjatuhkan maruah.
Ketua Polis Metro Bekasi Pesuruhjaya Pol Twedi Aditya Bennyahdi menyatakan suspek ketika itu sedang mengupas buah dalam keadaan yang beremosi dan kemudian menikam adiknya menggunakan pisau dapur.
Menurut kenyataan suspek, tiada pertengkaran yang berlaku ketika kejadian. Cuma kata-kata mangsa yang mengatakan suspek hanya tahu makan dan tidur sahaja membuatkannya marah dan melakukan pembunuhan itu.
Tambah Aditya, mangsa tidak sempat untuk melarikan diri kerana suspek bertindak menikam mangsa berulang kali.
Disebabkan itu, mangsa mengalami beberapa kesan tikaman di beberapa termasuk di dada, bahu, pinggang dan pinggul.
Berikutan daripada itu, mangsa terus dikejarkan ke Hospital Polis Kramat Jati. Pihak hospital mengesahkan mangsa meninggal dunia akibat tikaman di paru-paru.
Sementara itu, suspek telah ditahan dan bahan bukti untuk kes tersebut seperti sebilah pisau dapur, baju suspek dan pakaian milik mangsa telah dirampas oleh pihak polis.
Sumber: Wartakota