berita

Lelaki Tikam Bapa Mentua Sampai Mati

September 26th, 2023 | by Hazirah
Kini Trending

Hanya kerana tidak berpuas hati, seorang lelaki Amerika tergamak membunuh bapa mentuanya dalam satu kejadian di Dusun Randegan, Jawa Barat.

Artikel Berkaitan: Berang Dipaksa Ceraikan Isteri, Lelaki Tergamak Rogol Ibu Mentua Sebelum Bunuh

Artikel Berkaitan: Bapa Mentua Tetak Jari Menantu Hingga Putus

Tikam pisau ke leher mangsa

Gambar sekadar hiasan

Menerusi laporan Tribunnews, Arthur L Welohr telah menikam leher bapa mentuanya iaitu Agus Sopiyan, 58, berulang kali menggunakan sebilah pisau.

Menurut Ketua Polis Banjar AKBP Bayu Catur Prabowo, suspek dipercayai melakukan perbuatan kejam itu dibelakang rumahnya pada Ahad lalu.

Sementara itu, Ketua Kampung Raharja, Yayat Ruhiyat berkata, Arthur sebelum ini pernah mengamuk di rumah mangsa kerana kecewa selepas mengalami kerugian hampir RM13,000 ekoran perniagannya bersama mangsa.

Arthur bertambah berang selepas mengetahui isterinya memberi wang pampasan kepada mangsa tanpa pengetahuannya.

Berikutan daripada itu, keluarga mangsa telah melaporkan kepada polis dan Arthur, 35, telah ditahan bersama bukti pisau yang digunakan untuk membunuh mangsa.

Sumber: Tribunnews

SKIP THIS AD ×