Baru-baru ini, nama penyanyi terkenal Indonesia iaitu Melly Goeslaw menjadi bualan hangat wargamaya apabila dia dituduh menjadi orang ketiga yang menjadi punca keretakan rumah tangga seorang wanita.
Artikel Berkaitan: ‘Beribu-Ribu Hadiah Yang Aku Dapat, Tetap Kamu Hadiah Terindah Di Hidupku’ – Melly Goeslaw
Melly Goeslaw punca pasangan bercerai?
Wanita terbabit iaitu Masnawati Masud mendakwa kehadiran Melly membuatkan dia dan suami yang merupakan seorang anggota polis bercerai kira-kira 15 tahun lalu. Meskipun dia tidak pernah ‘menangkap’ Melly bersama suaminya tetapi dia yakin penyanyi wanita itu adalah punca perceraiannya.
Ujarnya lagi, dia terpanggil untuk membuat pendedahan berhubung perkara itu kerana Melly gagal dihubungi walaupun pelbagai usaha sudah dilakukan.
Saya Masnawati Masud… Saya membuat video ini kerana sukar menghubungi Melly Goeslaw setelah berusaha melakukan pelbagai cara bagi bertemu dengannya.
Semoga Melly menonton video ini dan mahu bertemu dengan saya untuk selesaikan urusan yang belum selesai. Terima kasih.
Tidak terhenti di situ, Masnawati akan membongkarkan segala rahsia sekiranya Melly enggan bertemu dengannya. Walau bagaimanapun, tindakan Masnawati mendapat kritikan ramai yang menganggap dia hanyalah mahu publisiti murahan kerana mengungkit perkara yang sudah lama berlalu.
Sumber: Kapanlagi