berita

Corat-Coret Konsert Ada Apa Dengan Melly? : 2800 Penonton Hadir Pakai Baju Sekolah, 30 Lagu Menggamit Kenangan & Duet Bersama Cucu P Ramlee

February 6th, 2023 | by Amirul Asraf
Kini Trending

Umum mengetahui, The Queen of Soundtracks Indonesia iaitu Melly Goeslaw telah mengadakan Konsert Ada Apa Dengan Melly? di Dewan Plenary, Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) pada 3 dan 4 Februari yang lalu.

Bertemakan ‘Back to School’ Melly mahu peminatnya menggamit kenangan sewaktu berada di zaman persekolahan dan alam percintaan.

Artikel berkaitan: Rasa Marah Dengan Diri Sendiri, Ika Nabella Terlepas Konsert Melly Goeslaw – ‘Tak Mau Buka IG, Meluat Tengok Hampa Pakai Baju Sekolah’

Jom, OhBulan! kongsikan corat-coret Konsert Ada Apa Dengan Melly? yang telah berlangsung selama dua hari itu.

Semua pakai baju sekolah

Menerusi pemerhatian pihak OhBulan! boleh dikatakan majoriti penonton yang hadir memakai pakaian seragam sekolah. Bukan itu sahaja, ada di kalangan mereka yang memakai baju unit beruniform seperti pengakap dan persatuan bulan sabit merah. Rakan artis dan selebriti media sosial yang hadir turut bersemangat mengikut tema yang telah ditetapkan oleh penganjur konsert terbabit iaitu Icon Entertainment.

Antara barisan artis dan selebriti media sosial yang OhBulan! nampak semasa konsert Melly Goeslaw ialah Wany Hasrita, Amira Othman, Elyana, Ernie Zakri, Syamel, Puteri Aishah, Ika Nabella, Dayana Roza, Shila Amzah, Catriona Brian Ross, Zulin Aziz, Fazura, Fattah Amin, Izara Aishah, Tya Arifin, Datuk M Nasir, Datuk Seri Siti Nurhaliza, Datuk Amy Search, Cikgu Zack Kirana, Rossa, Raffi Ahmad dan ramai lagi.

Di samping itu, Tengku Permaisuri Selangor, Tengku Permaisuri Norashikin dan Raja Permaisuri Agong, Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah turut mencemar duli dalam memeriahkan konsert tersebut. Menurut pihak Icon Entertainment, konsert yang berlangsung selama 3 jam itu dihadiri lebih 2800 orang. Memang best dan berbaloi beli tiket!

30 lagu menggamit kenangan

Sepanjang konsert tersebut, Melly telah menyanyikan 30 buah lagu ciptaan dan miliknya. Pentas konsert Ada Apa Dengan Melly dibuka dengan lagu Ingin Mencinta dan Dicintai, Tentang Dia dan Pujaanku.

Selepas itu, Melly telah menyanyikan lagu Bimbang, Suara Hati Seorang Kekasih, Pencinta Wanita, Berdua Lebih Baik, Ketika Cinta Bertasbih, Ayat-Ayat Cinta, Menghitung Hari, I’m Sorry Goodbye, Jera, Gantung, Jika, Cinta, Denting, My Heart, Cinta Sejati, Tentang Seseorang, Ada Apa Dengan Cinta, Ratusan Purnama, Salah, Bagaikan Langit, Ku Bahagia, Tak Tahan Lagi, Let’s Dance Together dan penutup lagu Hanya Memuji.

Duet dengan cucu P Ramlee

Sepanjang bergelar penyanyi, Melly pernah berkata dia mahu dikenali sebagai seorang seniman sama seperti Allahyarham P Ramlee. Oleh sebab itu, Melly mengambil kesempatan untuk menyanyikan lagu ‘Di Mana Kan Ku Cari Ganti’ ketika konsert tersebut berlangsung.

Apa yang menarik perhatian pihak OhBulan!, Melly menjemput cucu P.Ramlee iaitu Najua Mohamad Nasir untuk naik ke pentas dan menyanyikan lagu tersebut bersama-sama dengannya. Selain lagu ‘Di Mana Kan Ku Cari Ganti’, Melly turut menyanyikan lagu ‘Bunyi Gitar’ bagi menghidupkan suasana semula selepas rata-rata penonton bersedih melihat persembahannya bersama Najua.

The following two tabs change content below.

Amirul Asraf

Senior Content Champion at Rev Media Group
I became a writer to come as close as possible to the heart of the world.

SKIP THIS AD ×