Bekas isteri kepada pelakon Hafidz Roshdi iaitu Shuhada Shukri meluahkan rasa terharu akhirnya berjaya memiliki kereta pertama.
Shuhada beli kereta pertama
Menerusi perkongsian di Instagram, Shuhada atau nama sebenarnya Nurul Shuhada Mat Shukri, 30, berkata, pencapaian tersebut merupakan berkat kesabaran dan usahanya selepas menjadi wajah kepada sebuah produk pelangsingan. Difahamkan, kenderaan jenis Honda HR-V telah dibeli oleh Shuhada pada April 2023.
Mungkin bagi orang lain biasa biasa je. Tapi bagi Shu, Shu dah cuba cabar diri Shu to be different & be a better person on 2023. Even as a single mom! Diceraikan without single cents in my bank account.
Meskipun diceraikan tanpa mempunyai sebarang simpanan dalam akaun namun berkat usaha kerasnya selama setahun, Shuhada akhirnya berjaya meraih pendapatan sendiri untuk menampung keluarga.
Untuk rekod, Shuhada dan Hafidz mendirikan rumah tangga pada 30 April 2016 dan dikurniakan sepasang cahaya mata iaitu Humairah, 7, dan Umar berusia 4 tahun.
Pasangan itu bagaimanapun sah bercerai pada 27 Julai tahun lalu selepas Mahkamah Rendah Syariah Shah Alam, Selangor menetapkan lafaz yang dibuat pada 22 Februari sebelumnya adalah sah.
Video
View this post on Instagram
Sumber: Shuhada Shukri