Sejak kebelakangan tularnya konten yang dilakukan pempengaruh di TikTok dengan memberikan hadiah lumayan kepada orang awam di media sosial.
Itulah yang dirasai oleh seorang wanita apabila dia juga tidak terlepas daripada menerima hadiah lumayan dari seorang pempengaruh yang dikenali sebagai Kimberly.
Artikel Berkaitan: Dituduh Masuk Giatmara Guna ‘Cable’, Usahawan Nasi Lemak Tampil Pertahan Diri – ‘Aku Bagai Nak Rak Belajar, Tiba-Tiba Kena Tuduh’
RM1 atau hadiah misteri?
Menerusi video yang dimuat naik di TikTok, Kimberly dilihat bertanya kepada orang awam sama ada mereka mahukan wang tunai berjumlah RM1 ataupun hadiah misteri.
Rata-rata orang awam yang dijumpainya memilih untuk mengambil wang RM1 tersebut sehinggalah giliran seorang wanita yang memilih untuk mengambil hadiah misteri yang ditawarkannya.
Alangkah terkejutnya wanita itu apabila hadiah misteri yang terletak di dalam sampul surat itu membenarkannya untuk membeli apa-apa barangan yang berharga lebih RM250.
Tidak berfikir panjang, wanita berkenaan lantas membawa Kimberly masuk ke kedai Switch lalu meminta untuk dibelikan sebuah komputer riba berjenama mewah.
Namun begitu, video tersebut telah pun dibanjiri dengan komen negatif apabila segelintir netizen mendakwa wanita berkenaan mengambil kesempatan terhadap Kimberly dengan membeli barangan mewah yang berharga ribuan ringgit.
Tampil pertahan diri
Sedar dirinya menjadi bualan wargamaya, wanita berkenaan tampil mempertahankan dirinya dan menjelaskan perkara yang sebenar.
Menurut wanita tersebut, apa yang dilihat oleh wargamaya adalah konten semata-mata dan dia hanya dibayar sebanyak RM100 sebagai upah untuk menjayakan konten berkenaan bersama Kimberly.
Hai semua, saya akak yang pakai tudung itu. Saya kena kecam teruk, seandainya mereka tahu ini semua konten semata-mata.
Saya dapat upah sebanyak RM100 ja untuk mereka buat konten ini, saya pun tak sangka video ini akan ‘blow up’ sampai macam ini sekali.
Tambah wanita berkenaan, dia sudah pun menghantar hantaran mesej kepada Kimberly berhubung kecaman yang diterimanya namun tiada sebarang respon diberikan.
Saya dah DM Kimberly tetapi tiada respon.
Saya ini sampaikan terima DM oleh segelintir netizen yang kata saya tak sedar diri dan malas kerja sehinggakan ‘pau’ Kimberly macam itu sekali.
Saya sedih tengok komen-komen negatif yang diberikan kepada saya.
Di akhir ciapannya itu, wanita itu mendedahkan dia sama sekali tidak akan memaafkan mana-mana individu yang menulis perkara negatif terhadap dirinya.
Sumber: TikTok, Aplikasi X