Pelakon veteren, Normah Damanhuri bersyukur dengan penampilan terbaru anaknya, Rose Azlin.
Artikel Berkaitan: Anak Saudara Kak KM Mahu Sambung Legasi, Ikut Jejak Normah Damanhuri Dalam Lakonan
Artikel Berkaitan: [VIDEO] ‘Perkahwinan Satu Perjudian’ – Kak KM Nasihat Anak Perempuan Jangan Harapkan Duit Lelaki, Berdikari & Cari Pendapatan Sendiri
Hidayah milik Allah
Menerusi perkongsian yang dimuat naik di TikTok, Kak Nona atau nama sebenarnya Rose Azlin Rosli bertekad untuk berhijrah setelah dua minggu menunaikan umrah di Tanah Suci.
Ujarnya, dia membuang segala koleksi pakaian yang kurang sesuai dengan imej terkini.
Bila niat nak pergi umrah, saya bercita-cita untuk berubah.
Selama dua minggu di Mekah elok saja jaga aurat, solat tak tinggal. Kenapa bila balik tak boleh nak buat macam itu? Sedangkan Allah dah bagi apa yang kita mintak.
Saya dah buang koleksi-koleksi pakaian yang lama.
Bila saya pandang pakaian lama, saya rasa sampai bila saya nak pakai sebegitu.
Berkongsi lebih lanjut, suami kepada Kak Nona turut menyokong dengan perubahan imejnya yang lebih tertutup.
Reaksi Ibu
@nona.my Benarlah apa dikata, hidayah itu milik Allah. Ayu dan manis sungguh melihat penampilan terkini salah seorang anak pelakon veteran Normah Damanhuri yang kini sudah tampil berhijab. Selepas pulang dari menunaikan umrah, Rose Azlin atau lebih mesra dikenali sebagai Kak Nona terbuka berkongsi kisah penghijrahannya. Malah ibu Normah Damanhuri juga dilihat menadah kesyukuran dan berdoa agar anaknya itu kekal istiqamah. #majalahnona #normahdamanhuri #kaknona ? original sound – NONA
Menurut Normah Damanhuri, dia tidak menyangka perubahan Kak Nona sekaligus bersyukur dengan penghijrahannya.
Sebagai seorang ibu, saya bersyukur sangat kepada Allah.
Mula-mula risau juga penghijrahan Kak Nona sekejap, rupanya dia dah beli banyak tudung sebelum berangkat menunaikan umrah.
Dalam pada itu, Normah berharap agar penghijrahan Kak Nona berkekalan dan diikuti oleh adik beradik yang lain.
Sumber: TikTok NONA, Instagram kmbeauty_hq