Pempengaruh dan pelakon, Malia Baby mengakui tawaran berlakon semakin berkurang selepas mula aktif mengajak pengikutnya untuk mendalami ilmu agama Islam di platform media sosial.
Artikel Berkaitan: Malia Baby Cabar Diri Jadi Pelakon Filem – ‘Harap Penonton Terhibur’
Artikel Berkaitan: Fathia Latiff Mengaku ‘Tercacah’ Tatu Dua Tahun Lepas, Masih Cari Masa Untuk Buang – ‘Ibu Bapa Saya Memang Marah’
Berhati-hati pilih naskhah
Menerusi temu bual bersama OhBulan!, pelakon drama ‘Nusyuz Berkiblat Cinta’ itu bagaimanapun berkata dia tetap percaya pada rezeki yang ditetapkan oleh Allah S.W.T.
Selepas saya sangat aktif di sosial media bercakap tentang agama, saya tak dapat banyak tawaran berlakon berbanding sebelum ini.
Sebelum ini lebih banyak tetapi saya percaya pada rezeki. Pada masa yang sama, saya juga nampak rezeki saya ke arah lain iaitu bidang pengacaraan.
Saya baru selesai menjadi hos acara karpet merah, Anugerah Juara Lagu ke-39 (AJL39) berganding dengan pelakon, Fikry Ibrahim.
Bercerita lanjut, Malia atau nama sebenarnya Tengku Nur Kamalia Aisyah Tengku Norkamarulhaizan berkata dia juga berhati-hati dalam memilih naskhah lakonan.
Saya memang memilih. Apabila memilih lagi senang untuk elak dan senang untuk saya buat yang terbaik (dalam lakonan).
Bila saya mula bercakap tentang agama, benda-benda yang datang dekat saya pun alhamdulillah berkonsepkan agama seperti drama Bidaah.
Ada rezeki lain
Pun begitu, Malia berkata dia masih gembira meskipun rezeki dalam bidang lain lebih banyak daripada lakonan.
Jelasnya, tawaran yang diterima buat masa ini juga memudahkan untuknya terus beristiqamah mendekatkan diri dengan Allah.
Sebelum ini, saya ada juga berlakon babak bersentuhan tetapi tidak melebihi batas.
Pengarah mesti akan tanya pendapat saya dahulu, kalau saya tidak okay mereka hormat permintaan saya.
@ohbulanofficial Rezeki Allah itu luas ?? #ohbulan #fyp #news #maliababy