berita

Aaron Aziz Bakal Arah Filem Bersama Ahmad Idham?

November 22nd, 2012 | by Ai
Filem Antarabangsa

Siapa mahu melihat filem arahan dan juga terbitan Aaron Aziz? Atau mungkin juga mahu melihat Aaron berlakon sekali didalam filem arahannya itu?

Terbaru, ketika ditemui di majlis pengumuman tema terbaru Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH), Aaron memberitahu bahawa kini dia sedang dalam perancangan untuk mengarah dan menerbitkan filem bersama pengarah terkenal, Ahmad Idham.

“Ia masih dalam perancangan, Insha’Allah nak cuba jika semuanya berjalan lancar.”

Aaron turut memberitahu bahawa dia akan turut berlakon sekali didalam filem arahan mereka berdua jika perancangan ini menjadi. Jika benar, OHBULAN! pasti gabungan kedua pelakon dan pengarah ini akan menghasilkan sebuah filem yang berkualiti dan menarik.

Dalam kesibukannya yang baru sahaja selesai menjalani penggambaran untuk ”Fear Factor Selebriti Malaysia’, Aaron kini terpaksa berulang-alik diantara Malaysia dan Singapura demi menguruskan produksi sendiri di sana. Pelakon kacak ini juga mengaku mempunyai masalah tidak cukup tidur kerana sibuk bekerja.

“Saya tidur tak pernah cukup, rehat pun tak cukup. Saya cuba cari peluang untuk tidur, agak pening kepala juga la,” ujar Aaron.

Dalam perkembangan terbarunya, Aaron bakal muncul dengan filem “Lari” arahan Ahmad Idham yang dijangka akan ditayangkan sekitar tahun 2013.

Kredit Foto : Danish RTKY

SKIP THIS AD ×