berita

Aaron Carter Mati Lemas Dalam Tab Mandi

November 7th, 2022 | by Wahidah Othman
Kini Trending

 

Penyanyi rap, Aaron Carter, 34, ditemui mati di dalam tab mandi di kediamannya di Lancaster, California, Amerika Syarikat (AS), hari Sabtu yang lalu.

Artikel Berkaitan: Rapper Takeoff Maut Ditembak

Artikel Berkaitan: Sama-Sama Hadir Ke Gereja, Justin Bieber & Shawn Mendes Mahu Cari Ketenangan?

Lemas dalam tab mandi

Penyanyi rap ini yang juga merupakan adik kepada ahli kumpulan Backstreet Boys, Nick Carter dilaporkan meninggal dunia dirumahnya dipercayai lemas dalam tab mandi, namun wakil syarikat pengurusannya enggan mengulas lanjut punca yang mengakibatkan kematian terbabit.

Menurut laporan portal TMZ, pihak polis menerima laporan sekitar jam 11 pagi berhubung kejadian tersebut. Bagaimanapun, difahamkan seorang detektif telah ditugaskan untuk menyiasat di tempat kejadian, namun masih belum menemui sebarang bukti atau maklumat yang melibatkan unsur jenayah.

Difahamkan, mendiang meninggalkan seorang anak lelaki bernama Prince Lyric Carter berusia lingkungan 11 bulan.

Untuk rekod, Aaron memulakan kerjaya dalam bidang muzik seawal usia tujuh tahun dan makin dikenali pada akhir 1990-an dengan empat album studio. Malah, penyanyi ini juga pernah tampil dalam konsert Backstreet Boys dan Britney Spears.

Bukan itu sahaja, Aaron juga pernah muncul dalam siri ‘House Of Carter’ iaitu ‘show’ realiti keluarga di E! Entertainment Television pada 2006.

Sumber: TMZ

SKIP THIS AD ×