berita

Sama-Sama Hadir Ke Gereja, Justin Bieber & Shawn Mendes Mahu Cari Ketenangan?

October 28th, 2022 | by Amirul Asraf
Kini Trending

Penyanyi, Justin Bieber dan Shawn Mendes dilihat pergi ke gereja yang sama, baru-baru ini. Kedua-dua penyanyi itu dikatakan mahu mencari ketenangan dan merawat masalah kesihatan mental yang dilalui.

Artikel berkaitan: Justin Bieber Larang Isteri Berbaik Dengan Selena Gomez

Artikel Berkaitan: ‘Saya Perlu Rehat’ – Justin Bieber Umum Batal Konsert Jelajah Dunia Kerana Masalah Kesihatan 

Artikel Berkaitan: Isteri Dedah Keadaan Justin Bieber Semakin Pulih, Netizen ‘Excited’ Nak Pergi Konsert 

Artikel Berkaitan: Alami ‘Ramsay Hunt Syndrome’, Justin Bieber Batalkan Konsert Di Malaysia? 

Perlu waktu untuk diri sendiri

Justin dan Shawn dilihat menaiki kenderaan yang sama dan menuju ke Churchome di Bev Hills. Menerusi laporan TMZ, mereka tidak pasti sama ada kedua-dua penyanyi itu menyanyi di dalam gereja atau sebaliknya. Ini kerana, Justin dipercayai pernah menyanyi di situ.

Kami pasti tidak akan ada sebarang penolakan daripada jemaah jika mereka melakukannya.

Selepas selesai waktu gereja, Shawn dilihat segera ke kenderaan dan meninggalkan kawasan tersebut bersama Justin. Seperti umum mengetahui, Shawn telah membatalkan konsert jelajah dunia pada bulan Julai yang lalu. Ini berikutan dia mahu meluangkan masa untuk diri sendiri dan kembali kuat di hadapan peminat. Manakala, Justin Bieber melakukan perkara yang sama beberapa bulan kemudian. Menurut Justin, kesihatannya lebih penting dan menjadi keutamaannya pada waktu sekarang.

Kedua-dua bintang pop Kanada yang berusia 20-an itu nampaknya bersandar kepada kepercayaan mereka untuk membantu mereka melalui masalah yang sukar ini. Rata-rata peminat turut berdoa agar kedua-dua penyanyi itu sembuh dan kembali ‘aktif’ apabila mereka sudah bersedia.

Sumber: TMZ

The following two tabs change content below.

SKIP THIS AD ×