
Pempengaruh media sosial, Aazief Khalid meluahkan rasa terkejut apabila mendapati akaun rasmi media sosial sekolah adiknya didakwa mendedahkan lokasi sekolah tersebut secara terbuka kepada umum.
Artikel Berkaitan: Aazief Khalid Tampil Bersetuju Dengan DMA Islam – ‘Bawa Keluar Anak Orang Tapi Bukan Provider’
Privasi & keselamatan

Menerusi perkongsian di Threads, Aazief berkata dia menyedari perkara itu selepas melihat satu hantaran yang dimuat naik oleh pihak sekolah sehingga mencetuskan kebimbangan berkaitan privasi dan keselamatan pelajar.
Saya terkejut apabila melihat di timeline bahawa akaun rasmi sekolah adik saya secara terbuka memberitahu netizen lokasi sekolah mereka.
Hantaran itu pula sudah dimuat naik selama kira-kira 11 jam ketika saya menyedarinya. Ini bermakna lebih 4,200 orang sudah mengetahui lokasi mereka berada setiap hari dari Isnin hingga Jumaat.
Menurut Aazief, isu tersebut tidak seharusnya dipandang ringan kerana melibatkan kanak-kanak bawah umur yang sepatutnya dilindungi identiti dan keselamatan mereka.
Ini bukan sekadar isu privasi tetapi juga melibatkan soal keselamatan. Rasanya perkara seperti ini sepatutnya sudah menjadi common sense, tambahan pula melibatkan kanak-kanak bawah umur.
Tidak sepatutnya identiti atau lokasi mereka didedahkan secara terbuka kepada umum.
Perkongsian tersebut turut mengundang pelbagai reaksi dalam kalangan netizen yang rata-ratanya bersetuju bahawa pihak sekolah perlu lebih peka dan berhati-hati dalam berkongsi informasi.
Sumber: Threads







