berita

‘Abah Hanya Harap Adik Jadi Anak Yang Soleh & Taat Kepada Ummi’ – PU Riz

February 4th, 2022 | by Amirul Asraf
Lensa Insta

Pendakwah bebas, Haris Ismail berdoa agar anaknya Muhammad Bilal Bin Muhammad Haris menjadi anak yang soleh serta menjadi para solehin yang jauh lebih baik daripada dirinya.

Artikel berkaitan: ‘Ready To Go Home’ – Neelofa Dah ‘Discharge’ Dari Hospital, Bilik Bilal Curi Tumpuan Netizen!

Artikel berkaitan: Muhammad Bilal ‘Pengarang Jantung’ Neelofa & Suami

Anak aset ke syurga

Alhamdullillah, Allah beri nikmat. Anak ini adalah aset ke syurga, dengan syarat umi abah mencoraknya dengan mentaati perintah Allah.

Menurut Haris atau lebih dikenali sebagai PU Riz, dia berdoa agar suatu hari nanti anaknya boleh membaca nukilan khas yang ditulis ini. Sebagai ayah, PU Riz yang membahasakan dirinya sebagai ‘abah’ berharap Bilal menjadi anak yang soleh serta berada dalam kalangan para solehin kelak. Ujar PU Riz, dia mahu Bilal menjadi para solehin yang jauh lebih baik daripada dirinya. Di samping itu, PU Riz berharap puteranya itu menjadi anak yang taat kepada umi (Neelofa) kerana iannya Perintah Allah yang selamanya.

Jangan melawan jika tidak ada yang bertentangan dengan agama. Cakap baik-baik kepada abah umi. Kasihani abah umi seperti mana abah umi kasih padamu. Redha Allah ada pada redha ibu bapa dan kemarahan Allah pada keduanya jua. Manakah amalan yang paling afdal? Kata nabi solat pada awal waktu atau solat pada waktunya. Kemudian apa? Berbuat baik kepada ibu abah.

Alhamdullillah Allah hadirkan InshaAllah aset ke syurga doa anak yang soleh itu yang dicari. Sehinggakan disebut oleh nabi sebagai satu amalan yang tak putus. Semoga anak abah jadi orang yang baik insyaAllah. Dah jadi bapa- bapa dah pula. Cepat dunia berlalu.

Di akhir posting, PU Riz sedar betapa besarnya kasih sayang seorang ayah dan ibu terhadap anak mereka. Jelasnya lagi, dia bersyukur kepada Allah kerana diberi peluang merasai pengalaman yang begitu indah ini.

The following two tabs change content below.

SKIP THIS AD ×