Anak kepada pelakon Datuk Jalaluddin Hassan iaitu Zul Qayyum mendedahkan punca sebenar bapanya dimasukkan ke wad Hospital Canselor Tuanku Muhriz UKM, pada Khamis lalu.
Artikel Berkaitan: Jalaluddin Hassan Dimasukkan Ke Hospital
Jangkitan kuman, prostate
Ketika dihubungi OhBulan!, Zul berkata bapanya dimasukkan ke wad disebabkan berlaku jangkitan kuman pada bahagian pundi kencing serta prostate.
Bagaimanapun kata Zul, bapanya sudah pun diberikan ubat jenis antibiotik oleh doktor sebelum prosedur seterusnya dijalankan.
Abah (Jalaluddin) kena jangkitan kuman dalam pundi kencing dan prostate. Sudah seminggu abah demam on off.
Sekarang ini doktor sudah berikan ubat antibiotik untuk lihat kesannya dalam dua hingga tiga hari.
Kemudian selepas itu, barulah doktor akan mula prosedur seterusnya untuk abah.
Ditanya mengenai keadaan terkini aktor berusia 69 tahun itu, Zul menjelaskan bapanya berada dalam keadaan stabil.
Alhamdulillah abah okay (stabil), cumanya nampak letih. Jadual kerja terlalu padat sejak lepas raya.
Insya-Allah abah akan pulih. Cuma perlukan rawatan dan rehat seketika.
Terdahulu, Zul menerusi hantaran di laman TikTok miliknya memaklumkan bapanya telah di masukkan ke hospital.
Menerusi perkongsian itu, Zul turut memuat naik beberapa keping foto yang memaparkan bapanya sedang terbaring di atas katil wad hospital.