

Susulan isu panas ditimbulkan Imran Bard, pempengaruh media sosial dikenali sebagai Abam Panda menasihati netizen supaya tidak memukul rata dengan mangatakan semua pencipta kandungan bermasalah.
Artikel Berkaitan: Tomok & Sharul Bolot Duo Terbaik FD4 Kali Ketiga
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Bikin Kejutan! Shiha & Ieda Zikir Juara FD4, Bawa Pulang RM100,000 – ‘Saya Tak Pernah Menang Sebarang Pertandingan Sebelum Ini’
Konten bermanfaat

Abam Panda atau nama sebenar Zuljamal Zulkefli, 29, berkata, masih terdapat ramai pencipta kandungan membuat konten bermanfaat seperti dia dan isteri, Nurul Atiqah, 27, yang berkongsi rezeki kepada masyarakat.
Saya tidak mahu komen fasal isu Imran Bard, harapnya isu itu dapat diselesaikan dengan baik. Netizen jangan pukul rata dengan mengatakan semua ‘content creator’ bermasalah. Ada juga yang buat konten positif.
Sebagai contoh macam saya dan isteri, kami buat konten berkongsi rezeki dengan masyarakat. Kami bagi ayam mentah percuma kepada penduduk Flat Danau Kota, Setapak.
Abam Panda dan isteri ditemui di program tanggungjawab sosial korporat (CSR) yang dianjurkan oleh jenama wangian, Perfume Paradise di Setapak, Kuala Lumpur, pada Rabu.
Jaga sensitiviti

Dalam pada itu, Atiqah berkata, dia dan suami sentiasa berhati-hati dalam menghasilkan konten supaya tidak menyentuh sensitiviti mana-mana pihak.
Konten kami lebih kepada hubungan suami isteri dan promosi barang. Konten yang dihasilkan juga merupakan punca rezeki kami sekeluarga.
Kami pernah juga tersalah langkah, namun kami ubah dan tidak mengulangi kesilapan sama. Kami lebih berhati-hati hasilkan konten dan tidak menyentuh sensitiviti.
Inisiatif kebajikan

Sementara itu, Pengasas Perfume Paradise, Nur Afiqah Amran, berkata kejayaan syarikat dalam industri wangian menjadi pemangkin untuk mereka melaksanakan lebih banyak inisiatif kebajikan.
Dengan pencapaian memberangsangkan yang kami capai, ini adalah masa terbaik untuk kami berkongsi rezeki dengan masyarakat.
Kolaborasi bersama Abam Panda hadir setelah menyedari bahawa dia adalah ikon kepada ramai ketua keluarga yang berusaha keras demi mengubah kehidupan.
Dengan kerjasama ini, kedua-dua pihak berharap dapat membentuk hubungan lebih erat dengan masyarakat dan terus menyokong golongan yang memerlukan.
Abam Panda bukan sahaja menjadi wajah utama program ini, malah dia juga akan turut serta dalam pengagihan sumbangan dan dalam perancangan untuk terus bersama Perfume Paradise bagi inisiatif CSR yang akan datang.
Sebagai langkah jangka panjang, Perfume Paradise bercadang untuk menjadikan inisiatif CSR ini bukan sekadar acara tahunan, tetapi sesuatu yang boleh diadakan secara berkala.
Video
@abam_panda Replying to @syazwan @Fie | Founder Perfume Paradise @Perfume Paradise HQ ? suara asli – adiit








