berita

‘Abam Tak Pernah Tolak Jemputan Untuk Program Dakwah’ – PU Amin

February 10th, 2020 | by faris
Kini Trending

Pemergian Abam Bocik secara tiba-tiba pada pagi Isnin mengejutkan dunia hiburan tempatan. Rakan-rakan artis kemudiannya berkongsi pengalaman persahabatan mereka dengan arwah yang disifatkan sebagai seorang sahabat yang baik. Tidak ketinggalan adalah Pencetus Ummah (PU) Amin yang menceritakan bagaimana arwah tidak pernah menolak jemputan untuk berdakwah.

Semua orang sayang Abam

Pendakwah bebas itu mendoakan supaya arwah Abam Syed Umar Mokhtar bin Syed Mohd Redzuan dipelihara dan ditenangkan dan dimuliakan kedudukannya di alam kubur.

Ya Allah ampunkan dia, peliharalah dia, tenangkan dia, jadikan kuburnya daripada taman taman syurga, muliakan kedudukannya, Ya Allah muliakan rohnya.

Semoga Syed Umar akan bahagia dan damai di kehidupan akhirat. Lawak dan gelak tawa kita bersama di atas dunia ini akan terus diingati. Semua orang sayang abam. Abam nanti kami akan ikut serta.

Tetap hadir walau penat

PU Amin juga mendedahkan arwah juga tidak pernah menolak jemputan program dakwah. Walaupun penat, dia tetap akan menghadirkan diri ke majlis ilmu.

Berehatlah dari dunia penuh kepenatan ini. Akhirat tempat berehat. Selesai sudah tugas abam menghiburkan kami. Abam tak pernah tolak jemputan untuk program dakwah. Penat macam mana pun tetap dia nak hadir juga. Itu kuat nya abam. Insan mulia. Allah lebih mengetahui.

Saya minta kawan-kawan sama-sama kita hadiahkan Al-Fatihah kepada arwah Syed [email protected] Kematian sangat dekat dengan kita. Mati datang tanpa-tanda. Bersedialah kita semua.

Sumber: PU Amin

The following two tabs change content below.