berita

Abang Perkenalkan Eina Azman Dengan Kekasih, Nafi Rampas Tunang Orang

April 9th, 2014 | by Ai
Isu & Kontroversi

eina azman 2014

Awal bulan lalu, pelakon Eina Azman dikatakan sedang menjalin hubungan cinta dengan seorang lelaki yang masih bergelar tunangan orang.

Jika semalam kekasih kepada Eina, Datuk Paduka Gurmeet Singh atau lebih dikenali sebagai GMix telah tampil memberikan penjelasan mengenai statusnya yang sebenar, hari ini menerusi sebuah akhbar tempatan, Eina sendiri mengeluarkan kenyataan menafikan khabar angin tersebut.

Artikel berkaitan:

Menurut Eina, hubungan mereka terjalin selepas diperkenalkan oleh abangnya sendiri dan mereka sudah enam bulan bergelar pasangan kekasih.

Screen Shot 2014-04-08 at 11.09.23 AM

Setakat ini, selepas enam bulan berkawan, belum ada wanita yang bersemuka dengan Eina mengatakan lelaki itu ialah tunangannya.

Lagipun, kami diperkenalkan oleh abang Eina sendiri dan mustahil kalau beliau pun tidak tahu kawannya itu masih tunangan orang.

Sementara itu, GMix juga menyokong kenyataan Eina dan beranggapan spekulasi ini sengaja ditimbulkan kerana terdapat pihak yang tidak berpuas hati.

Saya kenal Eina menerusi abangnya dan waktu itu memang saya solo. Dakwaan saya masih menjadi tunangan orang itu mungkin disebarkan kerana ada pihak yang tidak berpuas hati dengan hubungan saya dengan Eina.

Dalam masa yang sama, GMix mengakui serius dengan Eina kerana pelakon yang turut dilanda kontroversi melibatkan filem Kuntilanak Ciliwung itu memiliki ciri-ciri gadis idaman dan sentiasa membantunya mempelajari agama Islam.

Sumber: Berita Harian

SKIP THIS AD ×