![[VIDEO] Isteri Sifatkan Along Cham Seorang Lelaki Penyayang, Rindu Momen Makan Bersama – ‘Dia Suka Masakan Rumah’](https://media.ohbulan.com/2025/02/along-cham-isteri-111.jpg)

Meskipun berdepan dengan isu pergolakan rumah tangga, namun isteri kepada pelawak Along Cham iaitu Afreena Suhaimi tetap menganggapnya sebagai seorang suami yang baik.
Artikel Berkaitan: ‘Awak Tak Hidup Dengan Kami, Saya & Suami Saja Tahu Apa Yang Berlaku’ – Isteri Along Cham Tempelak Selebriti Masuk Campur Hal Rumah Tangga
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Along Cham Dakwa Bapa Mentua Tak Hadir Di Mahkamah Ketika Diikat Jamin – ‘Mesti Ada Sesuatu Berlaku Yang Saya Tak Tahu’
Suami & ayah yang baik
https://www.tiktok.com/@mingguanwanita/video/7473689908234784001?_r=1&_t=ZS-8u5dOCQdhzk
Menerusi temu bual bersama mingguan wanita, Afreena menyifatkan Along atau nama sebenarnya Muhammad Nizamudin Ahmad sebagai seorang lelaki yang budiman dan penyayang.
Dia adalah seorang lelaki yang penyayang walaupun kadang-kadang dia nampak garang.
Saya tak boleh kena hujan, jadi dia akan cepat-cepat cari sesuatu yang boleh tutup kepala saya. Kalau kena hujan saya akan migrain dan sakit kepala.
Dia akan cakap dekat anak dia, ‘cepat cari topi untuk mummy.’
Bukan itu sahaja, Afreena berkata, pelawak berusia 42 tahun tersebut juga sangat rapat dengan anak-anaknya.
Sebagai seorang ayah, dia selalu juga melayan anak-anak terutama anak bongsu saya.
Dia seorang bapa dan lelaki yang sangat baik.
Momen paling dirindui

Dalam pada itu, Afreena juga berkongsi tentang momen yang paling dirindui sepanjang bergelar isteri kepada Along.
Momen yang paling saya rindui adalah ketika kami duduk di meja makan bersama-sama. Duduk makan satu keluarga sama-sama.
Saya selalu masak dan dia pula memang sukakan masakan dari rumah.
Nak kata isteri mithali itu tidak, tapi tanggungjawab kita.
Sebelum ini, Along dilaporkan telah memfailkan dan membuat pengesahan lafaz cerai secara taklik terhadap isterinya.
Sekadar info, Along mendirikan rumah tangga dengan Afreena, 33, pada 4 April 2024.
Sebelum itu, Along pernah berkahwin dengan bekas peserta Akademi Fantasia iaitu Zila Seeron pada Januari 2010. Namun bercerai pada Ogos 2016.
Hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan cahaya mata lelaki, Ahmad Daniel, 14.
Sumber: TikTok Mingguan Wanita








