berita

Abang Stacy Meninggal Dunia Awal Pagi Tadi

March 21st, 2023 | by Amirul Asraf
Kini Trending

Abang kepada penyanyi Stacy Anam iaitu Chaq, 35, dilaporkan meninggal dunia di Hospital Sibu, Sarawak jam 4.30 pagi, hari ini.

Abang sudah tiada

Menerusi laporan Harian Metro, Chaq yang juga bekas peserta Mentor musim ketiga pada 2009 dirawat di hospital itu kerana mengalami pendarahan dalam kepala selepas terbabit dalam kemalangan jalan raya pada 12 Mac lalu.

Berita sedih pemergian Chaq atau nama sebenarnya Camellus Delleli Anam itu disampaikan adik lelakinya, Aldrich yang menjaganya di hospital.

Abang saya sudah tiada.

Terdahulu, Chaq sudah seminggu ditidurkan akibat kecederaan yang dialami itu.

Menurut keluarga, penyanyi sambilan itu bertarung nyawa walaupun sudah menjalani dua pembedahan disebabkan pendarahan yang berlaku. Doktor turut memberitahu supaya mereka terus berdoa memandangkan keadaannya sukar dijangka ketika itu.

Akibat kemalangan tersebut juga, beberapa organ dalaman Chaq mengalami gangguan antaranya masalah jantung selain hati dan limpa mengalami luka. Tekanan darah dan jantungnya dilaporkan rendah selain hati dan buah pinggangnya juga terkesan.

Semalam, Stacy turut meminta doa orang ramai dan berharap abangnya terus kuat berjuang dan kembali sihat seperti sedia kala.

Mohon doakan kesembuhan buat abang saya Chaq. Harap dia terus kuat, tetapi saya dapat rasa dia tengah melawan. Insya Allah mesti dia boleh.

Sumber: Harian Metro

The following two tabs change content below.

Amirul Asraf

Senior Content Champion at Rev Media Group
I became a writer to come as close as possible to the heart of the world.

SKIP THIS AD ×