berita

Abang Tesla Akhirnya Dedah Wajah Isteri Kedua, Netizen Kata – ‘Biasa Je, Bini Pertama Lagi Cantik’

September 6th, 2023 | by Shahrin
Kini Trending

Abang Tesla

Pempengaruh media sosial yang cukup sinonim dengan konten kereta iaitu Abang Tesla akhirnya mendedahkan wajah isteri keduanya, Nur Syafiqah kepada umum.

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Abang Tesla Dapat Restu Kahwin Kali Kedua -‘3 Jam Sebelum Nikah, Solat Subuh Bersama Diiringi Air Mata’

Artikel Berkaitan: ‘Ustaz Cakap Isteri Pertama Untuk Dihargai, Isteri Kedua Untuk Dicintai’ – Abang Tesla

Dedah wajah isteri kedua

Abang Tesla

Menerusi hantaran di Instagram, Abang Tesla memuat naik sekeping foto yang memperlihatkan dia sedang merangkul bahu kedua-dua isterinya iaitu Nurmajdina Jamari dan Nur Syafiqah.

Difahamkan foto tersebut diambil ketika mereka berada di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).

Menerusi ruang kapsyen, Abang Tesla atau nama sebenarnya Muhammad Khal Iltizam berkata mereka bertiga akan pergi bercuti ke Turkiye dan kemudian berangkat ke Makkah bagi mengerjakan ibadah Umrah.

Kata Abang Tesla, ini merupakan percutian pertama dia bersama kedua-dua isterinya.

Netizen kata biasa

Abang Tesla Abang Tesla Abang Tesla

Seperti dijangka, perkongsian tersebut bakal menuai pelbagai reaksi wargamaya apabila rata-rata netizen yang singgah ke ruangan balas menyatakan wajah Nurmajdina jauh lebih cantik dan berseri berbanding wajah Nur Syafiqah.

Malah, ada juga segelintir netizen yang berseloroh mengatakan wajah Nur Syafiqah persis isteri kepada pengarah sensasi, Syamsul Yusof iaitu Ira Kazar.

Bagaimanapun, masih ada segelintir netizen yang mendoakan Abang Tesla agar sentiasa kuat berdepan kritikan netizen dan berharap dia dapat berlaku adil.

Terdahulu, Abang Tesla mengejutkan pengikutnya apabila mengumumkan sudah bernikah sekali lagi. Menurut Abang Tesla, dia telah mendapat restu dari isteri pertamanya dan akui reda.

Sumber: Instagram

SKIP THIS AD ×