Madu kepada pelakon Miera Liyana iaitu Adibah Abdul Mutalib memberitahu tetap dengan pendiriannya untuk mempertahankan rumah tangganya bersama suami, Rosland Othman meskipun hubungan mereka dilanda masalah sejak 2021.
Artikel Berkaitan: Madu Miera Liyana Berkeras Tak Mahu Bercerai, Mahkamah Arah Lantik Wakil JKP
Artikel Berkaitan: Madu Miera Liyana Enggan Bercerai, Rayu Suami Pulang Untuk Berbincang
‘Saya tak bersetuju untuk bercerai’
Foto: Harian Metro
Adibah yakin dirinya berada di pihak yang benar, oleh itu, dia enggan untuk bercerai. Adibah yang masih sayangkan rumah tangganya juga berharap agar hubungannya bersama suami dapat diselamatkan.
Saya meneruskan proses ini sebab saya bukan di pihak yang salah, jadi saya tak bersetuju untuk bercerai. Saya akui Rosland terkejut kami meminta proses ini, malah untuk berbincang dengan baik pun pihak sana tidak terima.
Saya sudah buat macam-macam dan berusaha segala yang saya mampu. Jujurnya, siapa yang tidak sedih sebab kami sudah berkahwin selama 28 tahun.
Sementara itu, Adibah berkata sudah dua tahun tidak menyambut Aidilfitri bersama memandangkan suaminya tidak pulak ke rumah sejak 2021 lalu.
Kali terakhir Rosland balik rumah pada September 2021, jadi saya tidak menafikan sedih tidak beraya bersama sebab ia memang kebiasaan kami meraikan Syawal bersama. Tak pernah kami tak meraikan Aidilfitri bersama.
Ujar Adibah lagi, Rosland telah mengambil anak keempat, Nur Anisa tanpa pengetahuannya manakala anaknya yang lain masih menetap dengannya.
Dia mengambil anak keempat dari sekolah pada Februari lalu dan sejak itu, mereka tinggal bersama. Rosland masih berstatus suami, jadi saya tiada masalah untuknya menjaga anak. Cuma, saya harap dia akan terus jalankan tanggungjawab.
Untuk info, Adibah dan Rosland mendirikan rumah tangga pada 3 Jun 1995 dan hasil perkahwinan tersebut mereka dikurniakan lima orang cahaya mata. Pada 25 Julai 2020, Rosland berkahwin dengan Miera Liyana dan mereka memiliki seorang anak perempuan.
Sumber: Berita Harian