berita

Abang Viva Sanding 31 Disember Ini – ‘Buat Kecil-Kecilan Sahaja, Kalau Nak Sponsor Dialukan’

December 27th, 2022 | by Wahidah Othman
Kini Trending

Di Facebook, sukarelawan popular Abang Viva memuat naik satu hantaran memaklumkan dirinya dan isteri bakal mengadakan majlis resepsi perkahwinan pada 31 Disember ini.

Artikel Berkaitan: Abang Viva Tetap Bantu Mangsa Banjir Lepas Dicop Mengungkit, Siap Bawa Isteri Sekali

Artikel Berkaitan: Didakwa Nikah Tanpa Pengetahuan Keluarga, Abang Viva Bakal Jelaskan Dalam ‘Live’ Malam Ini

Majlis resepsi

Menurut Azwan Omar, 30, pihaknya akan mengadakan majlis berkenaan secara kecil-kecilan di rumah ibu bapanya di Alor Gajah, Melaka.

Menerusi perkongsian itu, Azwan turut memberikan butiran majlis perkahwinan itu di samping memohon orang ramai untuk mendoakan agar urusan majlisnya berjalan lancar.

Walau bagaimanapun, Abang Viva sempat menyelit sedikit gurauan yang mengatakan majlis resepsinya dibuat secara kecil-kecilan disebabkan tidak mempunyai bajet selain mengalu-alukan sekiranya ada pihak yang ingin menajanya disusuli emoji ketawa di hujung ayat.

Assalamualaikum, saya Azwan Omar (Abang Viva) akan membuat majlis resepsi perkahwinan pada 31 Disember 2022. Bertempat di Taman Pengkalan Indah (rumah mak ayah). Tetapi buat secara kecil-kecilan sahaja (bajet tiada haha). Saya mohon doa dari semua untuk majlis kami nanti (kalau ada nak ‘sponsor’ boleh direct message, dialu-alukan sangat haha). Sekian terima kasih.

Sementara itu, menjengah ke ruang komen, rata-rata warganet turut menitipkan doa agar majlis berjalan dengan lancar. Malah, ada juga yang menganggap majlis kecil-kecilan sudah memadai selagi niatnya adalah untuk meraikan.

Sumber: Azwan Omar

SKIP THIS AD ×