berita

‘Abang Viva’ Selamat Nikah, Kini Sah Bergelar Suami

October 21st, 2022 | by Wahidah Othman
Kini Trending

Lelaki yang diberi gelaran ‘Abang Viva’ selamat mendirikan rumah tangga dengan pasangan pilihan hatinya, Evanoza Zakaria.

Artikel Berkaitan: Abang Viva Datang Bantu Mangsa Banjir di Kuala Pilah Hanya Dengan Sekali Ajakan

Artikel Berkaitan: Fikry Ibrahim Nekad Beli Kereta Baharu Demi Misi Bantuan Banjir

Selamat bernikah

Berita gembira tersebut dikongsikan oleh isterinya sendiri menerusi akaun TikTok. Sebelum ini, sukarelawan terkenal itu pernah viral di media sosial apabila tampil melamar isterinya di dalam kereta bersama sebentuk cincin. ‘Abang Viva’ atau nama sebenarnya Azwan Omar kini aktif menguruskan sebuah Pertubuhan Gerakan Kebajikan Abang Viva yang ditubuhkan sendiri olehnya untuk menyalurkan bantuan kepada golongan memerlukan.

Meskipun sudah mendirikan rumah tangga, orang ramai berharap pemuda ini akan terus bersemangat dalam menabur bakti serta sumbangan kepada masyarakat yang ditimpa musibah.

Sumber: Kosmo & TikTok

SKIP THIS AD ×